Harian Metro

Sahabat Stong

„ Sepuluh jurupandu termasuk dua wanita pastikan keselamata­n pendaki

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

“Selagi air terjun ini tidak kering, saya akan terus berada di sini,” kata Mohd Rizal Yusof, 39, seorang daripada jurupandu di Taman Negeri Gunung Stong (TNGS).

Mohd Rizal atau lebih dikenali sebagai Abe Ja berkata, minatnya yang mendalam terhadap aktiviti rekreasi lasak sejak kecil membuatkan­nya memilih jurupandu sebagai kerjaya tetapnya sejak 11 tahun lalu.

“Sejak 1994 saya berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki hingga ke kem ini dan daripada situ timbul minat untuk menjadi ‘guide’.

“Saya memohon dan alhamdulil­lah, hasrat saya tercapai apabila terpilih untuk menjadi sebahagian keluarga di Kem Baha yang sudah sedekad pun,” katanya di sini.

Menurutnya, tugas sebagai jurupandu bukan kerjaya mudah kerana tanggungja­wab membawa pendaki naik dan turun dengan selamat terletak di bahu mereka.

“Dalam sekumpulan pendaki itu pasti pelbagai perangai yang perlu dihadapi oleh kami dan ia perlu bijak ditangani. Kita bukan saja perlu memiliki stamina yang tinggi malah, mental juga kena kuat.

“Tugas kita bukan hanya perlu pastikan mereka dapat naik dan turun dengan selamat malah, bertanggun­gjawab juga memberi ilmu kepada mereka untuk lebih menghargai alam sekitar.

“Bagaimanap­un segala penat lelah itu hilang sebaik melihat pendaki gembira dan berpuas hati dengan perkhidmat­an yang kami sediakan,” katanya.

Abe Ja berkata, di Kem Baha ada 10 jurupandu termasuk dua wanita yang terlatih dan berpengala­man dengan Taman Negeri Gunung Stong.

“Kami tiada sesi temu duga seperti biasa yang dilakukan di tempat lain sebelum menjadi jurupandu, sebaliknya mereka terpilih perlu betul-betul ‘berkawan’ dengan TNGS dan belajar daripada orang lama.

“Selepas kita lihat dia benar-benar bersedia dan sudah kenal dengan tempat ini, barulah mereka diterima,” katanya.

Ditanya pengalaman­nya sepanjang menjadi jurupandu, dia mengakui setiap kumpulan yang dibawa menawarkan 1001 pengalaman buatnya namun pengalaman tidak dilupakan apabila perlu mengendong seorang pendaki yang mengalami gastrik serius dari Kem Baha. “Perjalanan sepatutnya mengambil masa lapan jam, jadi lebih 10 jam. Kami hanya tiba di kaki gunung ketika azan Subuh disebabkan muka bumi yang curam dan perlu bergilir dengan ‘guide’ lain mengendong­nya,” katanya.

Abe Ja juga menekankan adab ketika mendaki yang baginya perlu sentiasa dipatuhi pendaki memandangk­an hutan juga mempunyai ‘perasaan’.

Dia menasihati semua pihak, tidak kira pendaki berpengala­man atau sebaliknya supaya tidak bercakap besar atau melakukan perbuatan sebarangan di TNGS.

Mengenai perancanga­n masa depan, Abe Ja berkata, dia akan meneruskan kerjaya sebagai jurupandu sepanjang hayatnya.

“Saya sudah sebati dengan tempat ini dan semua yang berada di Kem Baha sudah seperti keluarga sendiri.

“Insya-Allah, saya akan teruskan apa yang sudah saya mulakan, juga rujukan untuk mereka yang meminati bidang ini juga,” katanya.

 ??  ?? PAPAN tanda amaran yang perlu dipatuhi pengunjung di Kem Baha, Taman Negeri Gunung Stong. JURUPANDU membawa pendaki melalui Air Terjun Jelawang menuju ke Kem Baha dan seterusnya ke puncak gunung di Taman Negeri Gunung Stong. JURUPANDU menyampaik­an...
PAPAN tanda amaran yang perlu dipatuhi pengunjung di Kem Baha, Taman Negeri Gunung Stong. JURUPANDU membawa pendaki melalui Air Terjun Jelawang menuju ke Kem Baha dan seterusnya ke puncak gunung di Taman Negeri Gunung Stong. JURUPANDU menyampaik­an...
 ??  ?? MOHD Rizal berjalan melalui Air Terjun Jelawang di Taman Negeri Gunung Stong.
MOHD Rizal berjalan melalui Air Terjun Jelawang di Taman Negeri Gunung Stong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia