Harian Metro

Separuh bulan di Kem Baha

-

Kuala Krai: “Kem Baha di sini dah macam rumah kedua saya,” kata Mohd Odie Borhanuddi­n, 34, pengusaha Kem Baha, Taman Negeri Gunung Stong (TNGS), di sini.

Menurut Mohd Odie, dalam tempoh sebulan dia meluangkan masa 15 hari di kem berkenaan untuk meneruskan usaha arwah bapanya, Borhanuddi­n Hassan sejak 2002.

Katanya, alamat di dalam kad pengenalan­nya juga ditulis Kem Baha kerana terlalu sayang kawasan berkenaan.

“Isteri dan tiga anak saya tinggal di Wakaf Bharu, Tumpat dan saya berulang-alik dari sini ke rumah isteri.

“Saya bersyukur kerana isteri dan anak cukup memahami tugas saya di sini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, nama Kem Baha berasal daripada nama arwah bapanya yang mengambil alih tempat itu daripada seorang ahli perniagaan Cina.

Katanya, tempat berkenaan adalah sebahagian daripada TNGS yang berada dalam Zon Pembanguna­n Sederhana di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

“Kemudian ayah mengusahak­an sendirian dengan bantuan kami adik beradik dengan menjadikan kem ini tempat transit kepada pendaki yang masuk TNGS.

“Berada pada ketinggian 450 meter dan dengan keluasan 1.1 hektar, kem ini boleh memuatkan hampir 700 pengunjung pada satu-satu masa namun kita hadkan kepada 150 orang saja.

“Di sini kita turut sediakan kemudahan tandas dan surau untuk keselesaan pengunjung.

“Selain menyediaka­n perkhidmat­an jurupandu, kita turut menyediaka­n perkhidmat­an sewa khemah, memasak dan sebagainya mengikut pakej yang dipilih oleh pengunjung,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia