Harian Metro

Rindu serindu-rindunya

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my

„ Mangsa hantar gambar berbaju Melayu disertai pesanan di grup WhatsApp keluarga sebelum maut nahas

“Minggu lalu, Haidil ada memuat naik sekeping gambarnya yang lengkap berbaju Melayu di dalam grup WhatsApp keluarga dan katanya, itu untuk keluarga yang merinduiny­a sebaik selesai program universiti yang disertainy­a di Bongawan dan malam semalam (kelmarin), arwah ada menghubung­i saya untuk berjumpa hari ini (semalam).

“Namun saya tidak menyangka perbualan menerusi telefon itu adalah yang terakhir saya dengar suaranya,” kata Roseyatima­h Duminggu, 51, ibu penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mohd Haidil Amran, 23, yang maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen, Likas, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.41 pagi, turut terkorban seorang rakannya yang juga penuntut di universiti sama, Nur Azlina Tan Lian Chew, 22, selepas kereta jenis Toyota Vios dipandu Haidil hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di pembahagi jalan.

Haidil penuntut tahun akhir Fakulti Psikologi dan Pendidikan dalam bidang Psikologi Pembanguna­n Belia dan Komuniti UMS manakala Nur Azlina penuntut tahun dua Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan dalam bidang Pengurusan Pelanconga­n.

Menurut Roseyatima­h, kali terakhir dia menemui arwah Haidil pada 9 April lalu ketika arwah pulang ke rumah di Kampung Bagiang, Kunak sempena kenduri akikah cucunya.

“Ketika itu, arwah mengatakan sudah mendapat tempat untuk menjalani latihan praktikal. Saya gembira dan memberitah­u dia supaya belajar bersungguh-sungguh dan arwah meminta supaya mendoakan kejayaanny­a dan akan menunaikan janji untuk membahagia­kan saya dan ayahnya.

Menurutnya, tiada tanda pelik ketika arwah pulang ke kampung.

“Cuma saya pelik sejak minggu lalu, arwah suka memuat naik gambar dalam grup WhatsApp dan aplikasi Wechat keluarga dan gambar terakhir yang dihantar dalam grup itu adalah sekeping gambarnya yang lengkap berbaju Melayu dan arwah menulis mengatakan gambar terbabit untuk orang kampung (ahli keluarga) yang merinduiny­a. “Sehingga sekarang, saya masih menyimpan gambar itu di dalam telefon,” katanya.

Mengenai sikap arwah, Roseyatima­h berkata, Haidil adalah anak kelima daripada sembilan beradik dan dia seorang yang suka berkawan dan mereka sekeluarga amat rapat dengan arwah.

“Kami sekeluarga terasa dengan pemergiann­ya, namun kami menerima ketentuan ini dengan reda,” katanya.

Sementara itu, Naib Can- selor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata, pihaknya akan membantu daripada segi kebajikan kedua-dua mangsa berkenaan.

 ?? FOTO: MOHD RUZAINI ZULKEPLI ?? KEADAAN kereta dipandu Mohd Haidil yang terbabas ke pembahagi jalan sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Tun Fuad Stephen, Likas, semalam.
FOTO: MOHD RUZAINI ZULKEPLI KEADAAN kereta dipandu Mohd Haidil yang terbabas ke pembahagi jalan sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Tun Fuad Stephen, Likas, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia