Harian Metro

Jangan bazir ubat hospital, klinik

-

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakk­an pesakit yang mengambil ubat di klinik dan hospital kerajaan supaya tidak membazir bekalan ubat diberikan dan perlu makan ubat mengikut arahan doktor.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, ubat diberikan kepada pesakit adalah mahal dan ia tidak wajar dibazirkan begitu saja.

“Bekalan ubat dibekalkan kementeria­n adalah mahal dan ia perlu dimakan pesakit mengikut arahan diberikan doktor. Sekiranya pesakit tidak makan ubat seperti diarahkan doktor, sakit mereka tidak dapat sembuh.

“Ada kes apabila pesakit tidak makan ubat dan ada ubat diberikan luput tarikh sehingga mengakibat­kan berlaku pembaziran ubat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 di sini, semalam.

Dr Hilmi berkata, pesakit kencing manis dan darah tinggi yang ingin berjumpa dengan doktor perlu membawa baki ubat masih belum dimakan untuk mendapatka­n bekalan ubat baru.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakka­n pembaziran dan doktor hanya memberikan tambahan ubat baru kepada baki ubat belum dimakan pesakit terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Induk JPB Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang juga bekas Naib Canselor UiTM berkata, program JPB mencapai sasaran pelajar sebanyak 50,000 sejak dilancarka­n pada awal Mac lalu.

“Program ini bertujuan membantu pelajar miskin mendapat tempat di universiti awam tempatan bagi kursus diploma dan sarjana muda.

“Kami menyasarka­n 50,000 pelajar yang mendaftar bagi program jelajah ini dan jumlah pelajar mendaftar mencapai sasaran ditetapkan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia