Harian Metro

2 beradik penagih

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

„ Remaja ditahan dalam Operasi Bersepadu AADK di Brickfield­s

Berjinak-jinak dengan dadah sejak di bangku sekolah lagi. Itu pengakuan seorang remaja lelaki yang ditahan dalam Operasi Bersepadu dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Brickfield­s, di sekitar Pantai Dalam, di sini, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 8 pagi hingga 1 pagi itu, 11 individu berusia 18 hingga 40 tahun termasuk remaja lelaki berkenaan ditahan selepas didapati positif pelbagai jenis dadah.

Ketua Pegawai AADK Cawangan Brickfield­s Nur Izzati Naim berkata, serbuan dilakukan di beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam yang menjadi sarang penagih dadah tegar.

“Dalam serbuan itu, pemeriksaa­n dilakukan terhadap 20 individu dan 11 daripada mereka didapati positif dadah pelbagai jenis termasuk eramin 5, ganja dan syabu.

“Antara ditahan adalah remaja lelaki yang mengaku mengambil eramin 5 sejak tiga tahun lalu ketika di bangku sekolah hingga menyebabka­n dia tercicir persekolah­an akibat ketagihan melampau,” katanya.

Nur Izzati berkata, kes remaja terbabit terpaksa dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan ahli keluargany­a tidak memberikan kerjasama kepada pihak AADK untuk tindakan lanjut.

“Sebelum ini, kami menahan adik perempuan remaja berkenaan berusia 15 tahun selepas didapati positif dadah jenis ganja di kediaman mereka di Pantai Dalam.

“Namun, ahli keluarga mereka tidak memberikan kerjasama kepada kami untuk mengambil tindakan lanjut terhadap kedua-dua remaja berkenaan. Kami dimaklumka­n bapa remaja terbabit sudah menghilang­kan diri sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Katanya, ketika ditahan, kebanyakan penagih dalam keadaan khayal dan tidak sempat melarikan diri berikutan lokasi itu sudah dikepung anggota bertugas.

“Kawasan sekitar Pantai Dalam adalah lokasi panas dan tumpuan utama kami untuk melakukan serbuan secara berkala iaitu sekurang-kurangnya sekali setiap minggu dalam usaha membantera­s kegiatan penagihan dadah di Brickfield­s,” katanya.

 ??  ?? REMAJA yang ditahan AADK.
REMAJA yang ditahan AADK.
 ??  ?? PENGUAT kuasa AADK menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap suspek positif dadah.
PENGUAT kuasa AADK menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap suspek positif dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia