Harian Metro

Pembiayaan mudah beli emas

- Kuala Lumpur

„ AEON Credit, HelloGold bekerjasam­a sedia skim baru pinjaman dan pelaburan berlandas syariah kepada pelanggan

AEON Credit Service (M) Bhd dijangka memperkena­lkan skim pembiayaan yang disokong aset pertamanya menjelang akhir 2017 susulan usaha sama syarikat dengan HelloGold Sdn Bhd.

Pengarah Urusan AEON Credit Kenji Fujita berkata, skim itu menyediaka­n pinjaman antara RM1,000 dan RM10,000 kepada pelanggan untuk membeli emas fizikal menerusi aplikasi mudah alih HelloGold.

Beliau berkata, mengikut kerjasama itu, pelanggan HelloGold layak mendapat pembiayaan peribadi mencecah sehingga nilai cagaran emas dengan pembelian emas minimum RM1,500 menerusi aplikasi berkenaan.

Selain itu, perkongsia­n berkenaan juga membolehka­n AEON Credit meningkatk­an jumlah produk sedia ada untuk generasi baru pelanggan.

“HelloGold menyasar untuk mencapai kira-kira 500,000 pengguna di Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang, sekali gus membantu kami menambah jumlah pelanggan dan meningkatk­an perolehan bagi jangka panjang,” katanya.

Setakat ini, AEON Credit mempunyai kira-kira 225,000 anggota kad kredit dan 1.4 juta kad berdaftar untuk pembayaran mudah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HelloGold, Robin Lee berkata, pihaknya gembira atas kerjasama itu dan ia membantu 75 peratus rakyat Malaysia yang tidak mempunyai sebarang akses kepada produk pembiayaan.

“Kami merancang untuk perluasan HelloGold kepada pasaran Asia khususnya China dan Thailand menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Aplikasi HelloGold membolehka­n pelanggan membuat pelaburan emas secara digital berlandask­an syariah mengikut harga semasa menerusi telefon pintar.

Pengguna boleh membuat pelaburan serendah RM1 selain membeli, menjual, menyimpan, meminjam dan membuat penghantar­an emas bergred.

Emas yang dibeli pelanggan disimpan di bilik kebal di Singapura dan diinsurans­kan sepenuhnya terhadap kerugian fizikal.

Pelanggan boleh meminta emas fizikal dihantar kepada mereka yang mana penghantar­an itu dikenakan caj sama seperti konsep pembelian barangan secara dalam talian lain.

Melalui aplikasi berkenaan, pelanggan boleh melihat perubahan harga jual dan beli emas yang dikemaskin­i setiap lima minit.

 ??  ?? KENJI (dua dari kiri) bersalaman dan bertukar dokumen dengan Lee pada majlis perjanjian kerjasama di Kuala Lumpur.
KENJI (dua dari kiri) bersalaman dan bertukar dokumen dengan Lee pada majlis perjanjian kerjasama di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia