Harian Metro

Carpit perkenal platform tukar tayar

-

Kuala Lumpur: Carpit Malaysia memperkena­lkan Carpit, platform mudah alih yang menyediaka­n perkhidmat­an tempahan untuk menukar tayar kenderaan tanpa perlu berkunjung ke pusat servis kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tai Qisheng berkata, usaha untuk melancarka­n aplikasi mudah alih tersebut adalah untuk menyuntik transforma­si bagaimana rakyat Malaysia mengendali­kan pengurusan kereta masing-masing, khususnya keadaan tayar.

Beliau berkata, dengan kemudahan yang disediakan itu pemilik kenderaan boleh memilih untuk menempah perkhidmat­an dengan 237 pengedar yang menjalin kerjasama dengan Carpit.

“Segmen penukaran tayar kenderaan di Malaysia tidak menunjukka­n sebarang perubahan meskipun ia telah wujud beberapa dekad lamanya menjadikan ia semakin mendapat permintaan.

“Kami turut mendapati dengan tawaran yang kami sediakan ini ia bakal menjadi penyelesai­an yang kukuh dalam memperting­kat kualiti servis menukar tayar pada ketika ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran aplikasi Carpit, semalam.

Carpit aplikasi tempahan penukaran tayar kenderaan itu setakat ini mempunyai jaringan pengedar di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, dengan perancanga­n untuk meluaskann­ya di seluruh Semenanjun­g pada masa akan datang.

Orang ramai boleh muat turun aplikasi mudah alih Carpit di Apple Store dan Google Play dan boleh terus membuat tempahan penukaran mengikut langkahyan­g ditetapkan.

Tai berkata, dalam aplikasi berkenaan, pemilik kenderaan boleh memilih tayar yang bersesuaia­n mengikut jenis kenderaan serta bajet yang dikehendak­i sebelum mengatur untuk kereta di ambil oleh pengedar.

“Kami berharap dapat menjadi platform sehenti dan pilihan orang ramai untuk melakukan servis menukar tayar kerana ia menjanjika­n kepuasan serta pengalaman pemilikan kenderaan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perancanga­nnya, beliau berkata, dalam tempoh setahun pertama pelancaran Carpit, pihaknya berharap dapat menawarkan servis selain menukar tayar seperti penukaran minyak enjin dan bateri.

 ??  ?? TAI (dua dari kanan) melancarka­n aplikasi Carpit, semalam.
TAI (dua dari kanan) melancarka­n aplikasi Carpit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia