Harian Metro

REZEKI TETAMU

- Agensi

Pengantin perempuan enggan berkahwin dengan pengantin lelaki kerana tidak membawa deejay

Seorang pengantin perempuan di Bihar enggan berkahwin dengan pengantin lelaki yang datang untuk melangsung­kan perkahwina­n, sebaliknya memilih seorang tetamu yang tidak dikenali untuk menjadi suaminya.

Puncanya, rombongan pengantin lelaki itu tidak membawa deejay bersama mereka.

Kejadian yang berlaku di Kampung Chakka di daerah Begusarai minggu lalu mencetuska­n perdebatan mengenai tindakan pengantin perempuan memulaukan pengantin lelaki ketika majlis perkahwina­n hampir berlangsun­g kerana alasan yang tidak munasabah.

Dalam kejadian terbaru itu, majlis perkahwina­n antara wanita dan lelaki itu sudah diatur sejak beberapa bulan lalu. Rombongan pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan pada masa yang sudah ditetapkan.

Menurut laporan, keluarga pengantin perempuan berang apabila mengetahui pengantin lelaki tidak membawa deejay bersama mereka. Ia mencetuska­n pertengkar­an hangat antara kedua-dua keluarga itu.

Masalah itu bejaya diatasi dan kedua-dua keluarga bersetuju meneruskan­nya.

Namun, masalah lain pula timbul apabila pengantin perempuan enggan menjalani ritual perkahwina­n dan enggan dikahwinka­n dengan pengantin lelaki itu yang menanti di dewan majlis.

Apabila semua usaha meyakinkan wanita itu gagal, keluargany­a yang tidak mahu membatalka­n majlis berkenaan, berusaha mencari lelaki paling sesuai untuknya, dalam kalangan tetamu.

Mereka akhirnya mendekati Jitendra Kumar, antara jemputan yang hadir di majlis itu yang bersetuju untuk berkahwin dengan wanita berkenaan.

Mereka dikahwinka­n pada awal pagi Khamis lalu, sekali gus menamatkan ‘drama’ yang berlarutan selama 12 jam itu.

Kejadian seumpama itu bukan yang pertama berlaku. Sebelum ini, pengantin perempuan di Bihar menunjukka­n keberanian apabila membatalka­n perkahwina­n mereka ketika majlis hendak berlangsun­g dengan pelbagai alasan, termasuk pengantin lelaki berkulit gelap, tidak pandai matematik, tidak tahu bergaya dan kelakuan buruk mereka ketika bersama tetamu di majlis itu.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia