Harian Metro

Helah buaya darat

- Agensi

Lelaki tak cukup wang mereka cerita palsu kerana tak mahu bercuti dengan kekasih gelap

Semata-mata tidak mahu bercuti dengan kekasih gelapnya, seorang lelaki yang sudah berkahwin membuat ancaman palsu mengenai rampasan kapal terbang di tiga lapangan terbang di India, minggu lalu.

Ejen pelanconga­n M Vamshi Krishna

32, ditangkap di Hyderabad selepas menghantar e-mel kepada polis Mumbai mendakwa rampasan pesawat akan berlaku di Mumbai, Hyderabad serta Chennai tiga lapangan terbang paling sibuk di India.

Krishna menghantar e-mel tanpa nama dan mendakwa dirinya seorang wanita yang

(gambar),

mendengar sekumpulan 23 lelaki merancang beberapa rampasan pesawat di lapangan terbang terbabit.

Akibatnya semua lapangan terbang itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dengan pasukan keselamata­n turut dikerahkan memantau. Kejadian itu turut dilaporkan media luar negara.

Namun, Krishna sebenarnya melakukan itu bagi mengelak memenuhi janji untuk bercuti dengan teman wanitanya di Mumbai kerana dia tidak cukup wang.

Komisioner Hyderabad M Mahender Reddy berkata: “Dia berjanji bercuti di Mumbai dan Goa selepas teman wanitanya tidak berhenti memujuknya. Sebenarnya dia tiada wang. Dia sahaja mereka cerita supaya penerbanga­n dibatalkan.

“Suspek menghasilk­an tiket penerbanga­n palsu dari Chennai ke Mumbai yang diberi kepada teman wanitanya, namun sehari sebelum wanita itu sepatutnya berlepas, Krishna pergi ke kafe Internet, mencipta alamat e-mel palsu dan menghantar ancaman rampasan itu kepada polis Mumbai.”

Krishna mengakhiri e-mel berkenaan dengan pesanan ‘Jangan cuba cari saya kerana pasti tidak berjaya.’

Bagaimanap­un, polis Mumbai berjaya mengesan kafe Internet tempat dia menghantar e-mel itu dan seterusnya menahannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia