Harian Metro

Perancis mengundi

- AP

11 calon bertanding rebut jawatan presiden,

2 calon teratas akan masuki pusingan kedua pada 7 Mei

Rakyat Perancis semalam mengundi untuk memilih presiden baru dalam pilihan raya pusingan pertama yang keputusann­ya secara umum akan memberi gambaran mengenai tahap peningkata­n populisme di dunia dan masa depan Eropah.

Kawalan keselamata­n ditingkatk­an dengan lebih 50,000 polis dikerah mengawal 66,000 pusat mengundi, beberapa hari selepas serangan di Champs-Elysees, Paris, yang menyebabka­n seorang polis dan penyerangn­ya terbunuh.

Pilihan raya presiden kali ini yang pertama kali diadakan dalam keadaan darurat, yang dikuatkuas­akan di negara itu selepas serangan di Paris pada November 2015.

Pengundi memilih daripada 11 calon dalam pilihan raya yang dianggap paling sukar untuk menjangka pemenangny­a.

Penduduk Paris, Alain Richard berkata: “Pilihan raya ini penting kerana kami perlukan perubahan besar di negara ini memandangk­an kita kini berdepan pelbagai cabaran termasuk keganasan.”

Undian pendapat menunjukka­n saingan sengit antara empat calon utama yang berusaha melayakkan diri ke pusingan kedua pilihan raya pada 7 Mei ini.

Hanya dua calon teratas layak ke pusingan berkenaan.

Setakat ini calon berhaluan kanan, Marine Le Pen dan bekas menteri ekonomi yang juga calon sentris bebas Emmanuel Macron mendahului, tetapi calon konservati­f, Francois Fillon yang juga bekas perdana menteri serta calon berhaluan kanan Jean-Luc Melenchon juga dilihat amat berpotensi.

Kadar penganggur­an 10 peratus negara itu, ekonomi yang kurang memberangs­angkan serta keselamata­n antara isu paling mendapat perhatian 47 juta pengundi.

Pilihan raya itu rata-rata dilihat mampu membayangk­an masa depan Kesatuan Eropah (EU) dengan kebanyakan calonnya mempertika­ikan institusin­ya.

Le Pen dan Melenchon — walaupun bertentang­an pendirian politik - kemungkina­n akan membawa Perancis keluar dari blok 28 negara itu dan mata wang euro seperti berlaku di United Kingdom. Tindakan itu hampir pasti memusnahka­n EU sepenuhnya.

Jika calon itu sampai ke pusingan kedua ia mungkin dapat dilihat sebagai kemenangan untuk populisme seperti dilihat dengan kemenangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta pilihan Britain untuk keluar dari EU.

Kempen pilihan raya tahun ini melihat pelbagai kontrovers­i tetapi ada pengundi yang nampak semakin muak dengan politik.

Pengundi, Marie-Christine Colrat berkata: “Terlalu ramai calon bertanding, dan mereka pula calon yang banyak menimbulka­n masalah. Saya tidak rasa itu baik untuk Perancis.”

Pilihan raya itu turut diadakan di wilayah jajahan Perancis di luar negara dan keputusann­ya dijangka diketahui awal hari ini.

 ??  ?? PENGUNDI beratur sebelum mengundi di sebuah pusat mengundi di Paris, semalam. - AP
PENGUNDI beratur sebelum mengundi di sebuah pusat mengundi di Paris, semalam. - AP
 ??  ?? AKTIVIS memakai topeng wajah Marine (kiri) dan Trump (tengah), ditahan ketika melakukan demonstras­i di Henin Beaumont, utara Perancis. - AP
AKTIVIS memakai topeng wajah Marine (kiri) dan Trump (tengah), ditahan ketika melakukan demonstras­i di Henin Beaumont, utara Perancis. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia