Harian Metro

MALAYSIAN TIGERS PAMER BELANG

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

„ Anak buah Stephen belasah New Zealand 8-2 dalam aksi pemanas badan

Malaysian Tigers melakar kemenangan meyakinkan apabila membelasah pasukan ranking kelapan dunia New Zealand 8-2 pada aksi perlawanan persahabat­an pertama semalam.

Pada perlawanan yang disifatkan sebagai aksi pemanas badan sebelum Piala Sultan Azlan Shah bermula 29 April di Ipoh, skuad bimbingan Stephen Van Huizen nyata menguasai perlawanan.

Namun Stephen tidak mahu barisan pemainnya terlalu dibuai dengan kemenangan meyakinkan itu kerana pada pandangann­ya lawan mereka berdepan beberapa kekurangan.

“New Zealand baru tiba selepas melalui penerbanga­n yang panjang. Jadi saya rasa mereka tidak berada di tahap terbaik.

“Saya lihat tiada beberapa pemain utama yang dibawa mereka kali ini. Namun sudah pasti mereka membawa 18 pemain terbaik.

“Apapun setiap pemain saya memanfaatk­an peluang dengan baik untuk menjaringk­an gol.

“Namun secara keseluruha­n saya tidak begitu berpuas hati dengan persembaha­n mereka kerana masih ada beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan semalam.

Skuad bimbingann­ya tidak perlu menunggu lama untuk berada di depan menerusi jaringan padang Nik Aiman Nik Rozemi seawal minit ketiga sebelum Razie Rahim menjadikan kedudukan 2-0 hasil pukulan sudut penalti pada minit keenam.

George Muir merapatkan jurang menerusi jaringan padang pada minit ketujuh tetapi Ramadan Rosli serta Faizal Saari masing-masing menambah gol ketiga dan keempat pada minit ke-28 dan 29.

Malaysian Tigers menambah tiga lagi gol menerusi Haziq Samsul (m-37), Nik Aiman (m-43) dan Najmi Farizal Jazlan (m-45).

New Zealand meledak gol kedua pada minit ke-48 hasil jaringan padang Dominic Newman sebelum Nik Aiman menyumbat gol kelapan sekali gus melakar hatrik pada minit ke-49.

Malaysia akan bertemu New Zealand pada perlawanan persahabat­an kedua hari ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia