Harian Metro

TAKTIK BLUES MENJADI

- AFP

London

Eden Hazard memuji sentuhan taktikal hebat Antonio Conte apabila bintang Chelsea itu diturunkan dari bangku simpanan untuk melakar kemenangan 4-2 ke atas Tottenham pada aksi separuh akhir Piala FA.

Hazard dan Diego Costa diletakkan di bangku simpanan pada awal permainan di Wembley ketika pengurus Blues itu memberi keutamaan kepada aksi penting menentang Southampto­n awal pagi Rabu ini.

Namun percaturan itu berbaloi apabila pengganti Hazard, Willian menjaringk­an dua gol sebelum perancang serangan dari Belgium itu dimasukkan pada separuh masa kedua.

Hazard membalas kepercayaa­n jurulatihn­ya dengan jaringan hebat untuk meletakkan Chelsea di depan sebelum percubaan jarak jauh Nemanja Matic membawa Chelsea ke final Piala FA buat kali pertama sejak mereka menjulang gelaran itu pada 2012.

“Apabila anda bermain bola sepak, anda mahu bermain dalam setiap perlawanan tapi pengurus membuat pilihan awal pagi Rabu, yang pastinya lebih cergas selepas 10 hari rehat manakala Tottenham mempunyai tambahan sehari untuk pemulihan sebelum berkunjung ke Crystal Palace awal pagi Khamis.

“Minggu ini amat penting bagi kami kerana Tottenham mempunyai kelebihan,” kata Conte.

“Anda perlu mempunyai keseimbang­an dengan perlawanan dan meletakkan kedua-dua pasukan dalam situasi terbaik untuk perlawanan.

“Kadangkala sukar memahami jadual perlawanan tapi kami perlu menyahut cabaran itu di padang.” - AFP yang bijak. Beliau menurunkan Willian dan dia menjaringk­an dua gol,” kata Hazard.

“Seronok menang perlawanan seperti ini, perlawanan separuh akhir menentang pasukan London, jadi ia sesuatu yang bagus buat peminat.”

Jaringan menakjubka­n Matic menjadi gol tumpuan pada perlawanan itu tetapi pemain tengah Serbia itu berkata ia bukan jaringan terbaik sepanjang kariernya.

“Saya gembira dengan gol saya, ia gol yang hebat tapi bukan yang terbaik pernah

„ Rehatkan Hazard, Costa pada separuh masa pertama buah hasil selepas Willian ledak dua gol

saya jaringkan,” katanya.

“Saya pernah menjaringk­an gol lebih cantik ketika perlawanan Benfica menetang Porto. Ini mungkin kedua terbaik.

“Peluang memenangi trofi ini penting buat kami sebagai pemain.

“Keputusan ini sudah pasti memberi keyakinan kepada kami, memang seronok apabila meraih kemenangan. Kini kami perlu segera pulih untuk perlawanan Selasa ini.”

 ?? Antonio Conte ?? Anda perlu mempunyai keseimbang­an dengan perlawanan dan meletakkan kedua-dua pasukan dalam situasi terbaik untuk perlawanan” KELINCAHAN Hazard (kanan) sukar dikekang pemain Tottenham Mousa Dembele.
Antonio Conte Anda perlu mempunyai keseimbang­an dengan perlawanan dan meletakkan kedua-dua pasukan dalam situasi terbaik untuk perlawanan” KELINCAHAN Hazard (kanan) sukar dikekang pemain Tottenham Mousa Dembele.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia