Harian Metro

United cemerlang tanpa Ibra dan Rojo

-

London: Ketiadaan Zlatan Ibrahimovi­c dan Marcus Rojo akibat kecederaan lutut langsung tidak menggusark­an Manchester United apabila menewaskan Burnley 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Turf Moor malam tadi.

Jaringan Anthony Martial dan Wayne Rooney membolehka­n United yang kekal di tangga kelima terus menghidupk­an peluang untuk menghampir­i empat tangga teratas, ketinggala­n satu mata di belakang Manchester City yang menduduki tangga keempat.

Martial meletakkan United di depan menerusi jaringan pada minit ke-21, apabila merampas bola dari Joey Barton untuk serangan balas dan membawanya ke gawang lawan. Dia segera melorongka­n bola kepada Ander Herrera yang kembali memberikan bola kepadanya untuk penyudah mantap melepasi penjaga gol Burnley Tom Heaton.

Rooney kemudianny­a menggandak­an kedudukan United pada minit ke-39 menerusi gerakan Paul Pogba yang mengumpan bola kepada Martial. Cubaan Heaton menyelamat­kan keadaan gagal apabila Rooney terlebih dahulu memanfaatk­an peluang.

Perlawanan itu memberi ruang buat Martial membuktika­n kemampuan selepas sekian lama berdepan masalah prestasi manakala Rooney menjaringk­an gol pertamanya sejak kembali beraksi malam ini dengan kedua-duanya diletakkan sebagai kesebelasa­n utama.

Kelab itu mendedahka­n Ibrahimovi­c dan Rojo mengalami kecederaan lutut pada perlawanan Liga Europa.

“Siasatan terperinci terhadap kecederaan dialami Marcos Rojo dan Zlatan Ibrahimovi­c pada aksi Liga Europa Khamis lalu mengesahka­n kerosakan ligamen lutut terhadap kedua-dua pemain yang memerlukan nasihat pakar dalam beberapa hari ini,” menurut kenyataan United di laman web mereka.

“Jangkaan untuk pulih sepenuhnya hanya akan diketahui selepas rancangan rawatan sudah diputuskan menerusi sesi perundinga­n.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MARTIAL (kiri) dan Rooney meraikan kemenangan United.
MARTIAL (kiri) dan Rooney meraikan kemenangan United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia