Harian Metro

Griezmann julang Atletico

- AFP

Antoine Griezmann sekali lagi muncul wira Atletico Madrid apabila menjaringk­an gol 17 minit sebelum tamat bagi memberikan kemenangan 1-0 ke atas Espanyol di tempat lawan, kelmarin.

Atletico dikuasai lawan hampir sepanjang permainan dan mereka turut berterima kasih kepada penjaga gol Jan Oblak apabila beraksi cemerlang menyelamat­kan percubaan Leo Baptistao.

Kemenangan itu memastikan Atletico kekal tiga mata mendahului Sevilla dalam perebutan tempat ketiga di belakang Real Madrid dan Barcelona.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone hanya membuat satu pertukaran terhadap pasukan yang menempah tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun dengan menewaskan Leicester.

Perlawanan yang disertai mereka pada pertengaha­n minggu memberi kesan apabila kedua-dua kelab tidak memberi sebarang ancaman sebelum rehat.

Namun kemasukan Kevin Gameiro di samping Griezmann memberikan dimensi berbeza buat Atletico pada 25 minit terakhir.

Diego Lopez menyelamat­kan percubaan Gameiro selepas Saul Niguez dikasari lawan.

Namun bekas penjaga gol Real Madrid itu sepatutnya

„ Jaring gol tunggal pastikan Los Rojiblanco­s benam Espanyol

berusaha lebih keras apabila Griezmann meledak voli untuk gol ke-25 sepanjang musim ini selepas menyambut lantunan bola percubaan Niguez.

Baptistao hampir menyamakan kedudukan beberapa saat kemudian apabila memperoleh peluang tetapi Oblak berjaya mencatat rekod bersih untuk aksi kelapan daripada 11 perlawanan.

Terdahulu Villarreal kembali menghampir­i lapan mata dengan empat pasukan teratas dengan penuh kontrovers­i apabila Cedric Bakambu menjaringk­an gol pada saat akhir untuk menewaskan Leganes 2-1.

 ??  ?? GOL kemenangan jaringan Griezmann.
GOL kemenangan jaringan Griezmann.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia