Harian Metro

Icardi seru rakan sepasukan bangkit

-

Milan: Kapten Inter Milan Mauro Icardi menyeru kebangkita­n pasukannya pada akhir musim ini selepas menyaksika­n pasukannya tidak bermaya pada babak kedua hingga tewas 4-5 di tangan Fiorentina yang menjejaska­n peluang Nerazzurri ke Liga Europa.

“Jika anda tanya saya, dengan skuad yang kami miliki, kami berhak beraksi di Liga Europa kerana peluang menyertai Liga Juara-Juara berakhir dengan kekalahan kepada Sampdoria dan Crotone,” kata Icardi.

“Kita akan lihat nanti. Kami mempunyai baki lima perlawanan. Hingga 28 Mei ini, kami perlu berhabis-habisan dan beraksi sebaik mungkin.”

Begitupun selepas aksi tidak menentu, harapan Inter

Berlin: Jaringan penyamaan Thiago Alcantara pada babak kedua menyelamat­kan Bayern Munich untuk seri 2-2 dengan Mainz di laman sendiri ketika pendahulu Bundesliga itu dua kali bangkit daripada ketinggala­n.

Selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara di tangan Real Madrid pada suku akhir, keputusan seri itu melengkapk­an minggu ngeri buat Bayern yang gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Mainz yang diancam penyingkir­an hampir mencatat kemenangan mengejutka­n di Munich tetapi Bayern mengekalka­n rekod tanpa kalah di laman sendiri kepada 20 perlawanan bermula Mac 2016, apabila mereka tewas 1-2 kepada Mainz.

Bintang Sepanyol Thiago meledak gol penyamaan 17 minit sebelum tamat menamatkan saingan musim ini dalam kelompok lima tangga teratas dan peluang menyertai pertanding­an kelas kedua kelab Eropah semakin tipis.

Inter berkunjung ke Artemio Franchi dengan harapan meraih kemenangan pertama selepas lima perlawanan.

Namun biarpun bangkit selepas jaringan awal Matias Vecino pada minit ke-23 menrusi jaringan Ivan Perisic dan Icardi pada minit ke-34, anak buah Stefano Pioli mengalami kemerosota­n prestasi dalam tempoh 17 minit babak kedua yang menyaksika­n mereka terlepas penalti dan juga tiga gol sebelum bangkit saat akhir menerusi dua jaringan Khouma Babacar sebelum minit ke-79.

Kekalahan ketiga Inter dalam lima perlawanan tanpa kemenangan menyaksika­n Nerazzurri di tangga ketujuh, kurang setahun selepas diambilali­h Kumpulan Suning dari China dan masih jauh daripada kancah Eropah. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia