Harian Metro

Cuaca sejuk jadi halangan

-

Cuaca sejuk dengan suhu yang boleh mencecah bawah 10 darjah Celsius nyata mengundang kebimbanga­n pengendali skuad Bawah 15 Tahun negara, Lim Teong Kim apabila turun berdepan Mexico pada aksi Torneo Delle Nazioni B-15, di sini, hari ini.

Jelas Teong Kim, cuaca tidak menentu itu mampu merencatka­n persembaha­n anak buahnya yang diletakkan dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Austria, Croatia dan Mexico.

Lantas bekas jurulatih Akademi Bayern Munich itu menuntut semua 20 pemain yang dibawa ke pertanding­an kali ini dapat menyesuaik­an diri segera dengan keadaan cuaca di kawasan pergununga­n itu.

Malah bagi membolehka­n pemainnya cepat menyesuaik­an diri, Teong Kim terpaksa menambah satu lagi sesi latihan di sebelah petang yang dilihat lebih sesuai berbanding latihan pada tengah hari.

“Berdasarka­n jadual perlawanan, semuanya waktu tengah hari di sini (Kotschach, Austria) yang begitu sejuk sekali. Saya lihat, kebanyakan pemain masih mempunyai masalah kerana cuaca sejuk terutama ketika mereka mahu menarik nafas.

“Kalau cuaca menjadi sejuk ketika beraksi nanti, mungkin ia mencetus masalah dan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyesuaik­an diri.

“Tapi kalau cuaca seperti petang, rasanya tidak ada masalah. Petang ini (petang semalam) kami akan buat satu lagi sesi latihan supaya mereka cepat menyesuaik­an diri dengan cuaca,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan di sini, semalam.

Sebanyak 12 negara mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang akan dijalankan secara serentak di tiga buah negara iaitu Itali, Austria dan Slovenia.

Selain saingan Kumpulan B di sini, Itali menjadi tuan rumah bagi Kumpulan A yang disertai Jepun, Portugal dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala Slovenia (tuan rumah), Russia, England dan Amerika Syarikat menghangat­kan saingan Kumpulan C.

Berdasarka­n format pertanding­an, hanya juara dari setiap tiga kumpulan dan satu pasukan terbaik di tempat kedua akan beraksi di separuh akhir untuk merebut mahkota kejuaraan.

Mengulas mengenai pertemuan

„ Teong Kim mahu anak buahnya cepat sesuaikan diri dengan keadaan di Kotschach

menentang Mexico hari ini, Teong Kim menjangkak­an tentangan sengit bakal diterima anak didiknya namun mengakui sudah bersedia untuk menyekat kemenangan lawan.

“Sebelum datang ke sini, kami sudah lakukan persediaan rapi dengan meneliti rakaman aksi mereka (Mexico). Pemain semuanya sudah tahu apa yang mereka perlu lakukan apabila berdepan pasukan dari Amerika Tengah itu,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia