Harian Metro

Pahang sentap Harimau Selatan

- Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Mohamadou Sumareh muncul wira Pahang apabila tandukanny­a empat minit sebelum tamat membantu pasukan itu layak ke separuh akhir Piala FA sekalipun tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada suku akhir kedua di Stadium Larkin, malam tadi.

Ketika aksi kelihatan menjadi milik tuan rumah menerusi kelebihan gol di tempat lawan apabila terikat 3-3 secara agregat, Sumareh, penyerang dari Gambia melonjak tinggi menanduk masuk melepasi penjaga gol Izham Tarmizi Roslan hasil hantaran lintang pemain gantian Nurridzuan Abu Hassan untuk memastikan Pahang mara menerusi agregat 4-3.

Kemenangan itu menyaksika­n skuad kendalian Dollah Salleh akan berdepan Negeri Sembilan pada separuh akhir pertama 29 April ini tatkala mengejutka­n skuad kendalian Benjamin Mora selepas memiliki bekalan selesa

3-1 pada aksi suku akhir pertama di Kuantan, 1 April lalu.

Tanpa berlengah dalam usaha memburu gol awal perancanga­n tuan rumah nyata menjadi apabila aksi yang baru memasuki minit kelima menghasilk­an jaringan selepas bola umpanan Safiq Rahim tepat kepada Gonzalo Cabrera yang merembat bola leret menewaskan penjaga gol Wan Azraie Wan Teh.

Gol awal itu nyata menyentap skuad Tok Gajah apabila mula mengatur gerakan bagi memburu gol penyamaan namun bola tandukan Heo Jae Won pada minit ke-10 berpunca daripada sepakan sudut Syamim Yahya ditepis penjaga gol Izham Tarmizi.

Kelicikan Gabriel Guerra tampak sukar dibendung pertahanan Pahang apabila dia sering mengucar-ngacirkan benteng skuad kendalian Dollah apabila merembat bola deras namun Wan Azraie sempat merebahkan badan untuk menepis bola.

Kesungguha­n skuad Harimau Selatan yang mahu menebus kekalahan 1-3 membuahkan hasil selepas bola lorongan Azrif Nasrulhaq

Badrul Hisham

„ Gol tunggal Sumareh lenyap impian Johor DT

tepat kepada Guerra yang berjaya melepasi perangkap ofsaid dan merembat bola leret menewaskan Wan Azraie untuk meletak skuad Harimau Selatan 2-0 dan semakin hampir layak ke separuh akhir menerusi agregat 3-3 tatkala memiliki kelebihan jaringan gol di tempat lawan.

Bola rembatan kencang Guerra pada minit ke-26 hampir memberi kelebihan buat tuan rumah untuk menambah jaringan biarpun diasak tiga pertahanan pelawat namun bola sedikit tersasar ketika Wan Azraie sudah tertewas.

Sepanjang 20 minit babak kedua, tuan rumah yang tampak begitu selesa dengan kedudukan 2-0 mula beraksi dengan corak permainan berhati-hati dan kerap menutup ruang pelawat daripada bertindak melakukan percubaan berbahaya sebelum Sumareh menjadi pemusnah pasukan Harimau Selatan.

 ?? FOTO: ?? CABRERA (kanan) diasak pemain Pahang, Matthew Davies.
FOTO: CABRERA (kanan) diasak pemain Pahang, Matthew Davies.
 ??  ?? ASRI tuntut anak buahnya pamer aksi cemerlang.
ASRI tuntut anak buahnya pamer aksi cemerlang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia