Harian Metro

Beri inspirasi band seberang

- DARI MUKA 1

Amy imbas pengalaman ketika Search

meledak di Indonesia

“Buktinya, ia membawa pelbagai tuah dan kejayaan berganda buat Search hingga berjaya menembusi pasaran Indonesia,” katanya.

Album Fenomena yang dipasarkan pada 1989 mencatat jualan melebihi 250,000 unit di Malaysia dan lebih dua juta unit di Indonesia.

Mengimbau kembali sejarah album berkenaan, ia yang memuatkan lagu berhantu seperti Isabella, Fenomena, Pawana, Bencana, Derap Komando dan Gadis Misteri itu mencetus fenomena luar biasa ketika dipasarkan dulu.

Menurut Amy, ketika nama band berkenaan meledak di Indonesia, kebanyakan pemuzik rock yang muncul di negara seberang itu mendapat inspirasi daripada Search.

“Kami mendapat layanan istimewa di sana dan ketika itu mengetepik­an muzik lain seperti dangdut dan jaz yang popular di Indonesia.

“Selepas itu, barulah muncul kumpulan rock di Indonesia seperti Slank,” katanya.

Amy berkata, pengalaman itu antara kenangan paling istimewa dalam hidupnya.

Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran piring hitam berkenaan dan perasmian kedai muzik Fenomena Music di Dream Studio, Plaza Damas, Kuala Lumpur, kelmarin.

Turut hadir, pemilik Dream Studio Datuk Zaharul Annuar dan anggota Search iaitu Nasir, Noordin dan Kid.

Buat permulaan, piring hitam berkenaan yang diedarkan Dream Studio dicetak sebanyak 500 unit di Amerika Syarikat.

Amy berkata, idea penghasila­n piring hitam itu tercetus apabila dia bersama pemilik Dream Studio, Zaharul melihat semakin ramai penggemar muzik menyimpann­ya sebagai koleksi.

“Peminat muzik kini kembali kepada trend dulu apabila semakin ramai mula mencari piring hitam untuk dijadikan koleksi.

“Kami berasakan ini masa yang tepat untuk Search memasarkan album piring hitam untuk dihadiahka­n kepada peminat setia,” katanya.

Piring hitam Fenomena ‘Made In USA’ itu dijual secara tempahan dengan harga RM299 dan dijangka mula berada di pasaran pada awal Jun depan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di Facebook Dream Studio.

-Najiy Jefri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia