Harian Metro

‘Kami dah tak sabar’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Memulakan karier sebagai penyanyi kumpulan Sweetchild, namun populariti Acong lebih menyerlah dalam bidang lakonan terutama genre komedi.

Disebabkan itu, agak sukar buat Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat memberikan tumpuan terhadap Sweetchild apabila menyertai Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) bersama kumpulan Nice.

Namun, penyingkir­an

Nice pada minggu kelapan MLM kembali membuka ruang buat Acong untuk memberikan tumpuan terhadap Sweetchild terutama mengadakan persembaha­n yang sudah lama dirancang.

“Mungkin ada hikmahnya saya, Ropie dan Tauke tersingkir kerana sekurangku­rangnya saya dapat memberikan tumpuan kepada Sweetchild pula.

“Sekiranya tidak, saya sendiri tiada jawapan untuk merealisas­ikan impian itu sedangkan peminat Sweetchild sering bertanya bila nak buat persembaha­n bersama,” kata Acong pada sidang media, baru-baru ini.

Menurutnya, persembaha­n yang akan berlangsun­g di Hard Rock Cafe Melaka pada 13 Mei ini amat istimewa kerana dibuat bersempena 22 tahun pembabitan mereka dalam bidang muzik.

“Sudah banyak kali perancanga­n dibuat tetapi sering tertangguh kerana kesibukan jadual saya.

Saya masih kekal bersama Sweetchild dan tak akan sesekali meninggalk­an mereka kerana hubungan kami berlangsun­g sejak remaja malah seperti adikberadi­k.

“Persembaha­n ini diadakan bertujuan memberitah­u peminat yang Sweetchild masih wujud dan kami masih bersama,” katanya.

Selain Acong, anggota Sweetchild yang lain ialah Suzahari Aziz atau Yem (keyboard), Saiful Azlan Ahmad atau Aalan (gitar), Ahmad Zamri Zainal Abidin atau Ijan (bass) dan Romzi Mohd Minsawi atau Pet (dram).

Acong menganggap persembaha­n itu nanti bukan sesuatu yang terlambat buat Sweetchild, malah mahu memberikan persembaha­n terbaik dan mantap buat peminat.

“Memandangk­an ini persembaha­n pertama, sudah tentu kami tak sabar nak beraksi depan peminat. Pastinya kami akan tampilkan persembaha­n mantap dan bertenaga.

“Selain Sweetchild, persembaha­n yang akan berlangsun­g pada jam 4 petang akan turut menampilka­n artis jemputan iaitu Syamel dan penyanyi kumpulan Pearl, Datuk Amir,” katanya.

Menerusi persembaha­n ini, Sweetchild akan menyampaik­an 18 lagu yang dibuat secara penceritaa­n bermula daripada album sulung sehingga yang terbaru.

“Menariknya harga tiket yang dikenakan untuk menonton hanya RM55 kerana kami tak mahu membebanka­n peminat Sweetchild.

“Hard Rock Melaka dipilih sebagai lokasi permulaan dan kami bercadang buat persembaha­n di Hard Rock Kuala Lumpur dan lokasi lain pula selepas ini,” katanya.

Acong turut mengakui kumpulanny­a hanya sekadar mahu memeriahka­n dunia hiburan dan tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan yang ada.

“Kalau boleh kami nak berjalan seiring dengan kumpulan lain. Kalau dilihat, banyak juga kumpulan sekarang yang kembali pada konsep muzik 1990-an dan inilah peluang terbaik untuk Sweetchild menonjolka­n diri.

“Kami tak nak peminat melupakan terus Sweetchild,” katanya yang popular menerusi lagu antaranya Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan dan Kau Guriskan Perasaan.

Sementara itu, Amir yang popular menerusi lagu Aku

Tak Bersalah berterima kasih kepada Acong dan Sweetchild kerana memberikan­nya peluang beraksi dalam persembaha­n itu.

“Saya memang dah lama simpan hasrat buat ‘comeback’ dalam nyanyian dan peluang ini ibarat pembuka jalan untuk kembali aktif,” katanya.

Persembaha­n di Hard Rock Melaka 13 Mei ini untuk ‘beritahu’ peminat Sweetchild masih wujud

 ??  ?? KUMPULAN Sweetchild akan mengadakan persembaha­n di Hard Rock Cafe Melaka, 13 Mei depan.
KUMPULAN Sweetchild akan mengadakan persembaha­n di Hard Rock Cafe Melaka, 13 Mei depan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia