Harian Metro

Kuasa unik lawan bakteria

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

4 selebriti jadi

adiwira iklan produk minuman

susu kultur

Sejak minggu lalu, tular di media sosial mengenai babak video memaparkan kelibat empat selebriti terkemuka tanah air memakai kostum ala watak adiwira.

Ia sekali gus menjawab desasdesus selebriti terbabit iaitu Yuna, Harith Iskander, Zizan Razak dan Siti Nordiana bakal bergabung bagi menjayakan sebuah filem baru.

Tidak hanya di media sosial, iklan mereka yang terpapar di beberapa jalan utama juga menjadi tanda tanya semua.

Namun, video berdurasi lapan saat itu sebenarnya adalah sebuah adegan ‘teaser’ iklan komersial daripada jenama produk minuman susu kultur dari Jepun, Calpis.

Menerusi iklan berkenaan, keempat-empat selebriti itu bertindak sebagai ‘Superhero Calpis’ yang melindungi perut daripada bakteria jahat.

Berbeza daripada iklan susu kultur lain, ‘bakteria jahat’ di dalam iklan ini dilakonkan seekor kucing gergasi namun Superhero Calpis cuba menahan kucing gergasi itu menggunaka­n kuasa unik mereka.

Tidak dinafikan, memang hebat gabungan mereka berempat dalam iklan terbaru Calpis ini dan menjadikan iklan berkenaan sangat menarik serta mencuit hati sesiapa saja yang menonton.

Oleh itu, iklan berkenaan turut merungkai mereka berempat adalah duta baru bagi minuman kultur Calpis.

Pengurus Pemasaran Kumpulan, Etika Sdn Bhd Santharuba­n T Sundaram berkata, pemilihan empat selebriti itu bertepatan dengan slogan Calpis.

Jika sebelum ini Yuna selebriti pertama yang dilantik, tiga lagi selebriti yang dipilih diharap menjadi penyebar minuman baru ini.

“Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat pengguna. Keputusan bekerjasam­a dengan empat selebriti ini adalah tepat bersesuaia­n dengan kredibilit­i dan populariti mereka yang menjadi ikon rakyat Malaysia.

“Kami berharap mereka juga akan sama-sama berkongsi dan menyebarka­n kebaikan Calpis di laman sosial masing-masing seperti yang kami sarankan,” katanya.

Calpis terdapat dalam tiga perisa iaitu original, mangga dan anggur. Pengguna boleh mendapatka­nnya dalam kuantiti 350ml, 1 liter dan 250ml pek tetra.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia