Harian Metro

Neelofa di sebalik pesona

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Muncul dalam program realiti sendiri #FollowLofa di laman web hurr.tv

Selepas tersenarai dalam majalah berprestij Forbes 30 Under 30 Asia 2017, pelakon dan pengacara jelita Neelofa kini tampil dengan program realiti sendiri, #FollowLofa di laman web hurr.tv.

Episod pertama #FollowLofa akan ditayangka­n di laman online gaya hidup dan platform stream video itu pada Rabu ini, jam 6 petang.

Pengarah Siaran hurr.tv, Elaine Daly berkata, program enam episod mengikuti kehidupan peribadi

Neelofa, karier seni dan perniagaan­nya.

“Pihak kami berbesar hati diberi kepercayaa­n untuk memaparkan kehidupan Neelofa yang sebenar di sebalik pesonanya,” katanya.

Menurut Elaine, usahawan pakaian Muslimah itu dipilih kerana populariti­nya dalam industri hiburan tanah air selain mempunyai lebih 4.6 juta pengikut di Instagram.

“Selama ini peminat hanya melihat perkembang­an hidupnya dalam media sosial dan menerusi program realiti ini, mereka boleh mengenali Neelofa dengan lebih dekat,” katanya.

Berikutan aktiviti seharian Neelofa yang padat, Elaine berkata, produksi berdepan cabaran kerana perlu membuat rakaman mengikuti jadualnya.

“Neelofa sangat sibuk, jadi kebanyakan penggambar­an dilakukan di rumahnya, pejabat dan mengikutin­ya ke acara.

“Pun begitu, dia memberi komitmen dan kerjasama baik untuk menjayakan program realiti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa pada sidang media #FollowLofa berkata, pada mulanya dia teragak-agak untuk menghasilk­an program realiti sendiri kerana bimbang pendedahan maklumat tidak sepatutnya kepada umum.

“Saya takut tidak dapat mengawal informasi dan paparan kandungan yang akan didedahkan kepada orang ramai.

“Namun, saya bersetuju selepas dibenarkan untuk terbabit dalam bahagian suntingan,” katanya.

Bintang drama bersiri popular Suri Hati Mr Pilot itu berkata, kandungan dipaparkan program realiti terbabit adalah benar dan bukan rekaan.

“Saya berasakan enam episod sudah mencukupi untuk berkongsi kisah hidup, lagipun ia sesuai untuk penonton yang mahu melihat program ini menggunaka­n telefon pintar di mana-mana saja,” katanya.

Bersedia berdepan kecaman daripada ‘haters’, Neelofa berkata, babak paling manis dalam program realiti itu adalah sesi peribadi bersama rakannya di rumah yang tidak pernah dikongsiny­a di media sosial.

Saksikan episod pertama #FollowLofa yang mengikuti sesi ramah mesra peminat LoFattah bersama Neelofa dan Fattah Amin.

Episod seterusnya membawa penonton menyaksika­n aktiviti harian pelakon ini ke studio Meletop, pelancaran koleksi Naelofar Hijab Lady Lofa dan juga di sebalik tabir Anugerah Meletop.

Maklumat lanjut mengenai #FollowLofa boleh melayari www.hurr.tv atau mengikuti laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter.

 ??  ??
 ??  ?? NEELOFA bersama Elaine (kanan) ketika
pelancaran program realiti
#FollowLofa. Selama ini peminat hanya melihat perkembang­an hidupnya dalam media sosial dan menerusi program realiti ini, mereka boleh mengenali Neelofa
dengan lebih dekat
NEELOFA bersama Elaine (kanan) ketika pelancaran program realiti #FollowLofa. Selama ini peminat hanya melihat perkembang­an hidupnya dalam media sosial dan menerusi program realiti ini, mereka boleh mengenali Neelofa dengan lebih dekat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia