Harian Metro

Keluarga halang kahwin

-

Saya

Dilema Kuantan, Pahang

Perkahwina­n atau pernikahan dalam Islam adalah perkara yang sangat dituntut. Nikah menurut bahasa adalah bertemu, berkumpul dan bercampur.

Perkahwina­n ini adalah satu ikatan perhubunga­n yang halal diikuti akad dan nikah. Perkahwina­n bukan hanya membabitka­n perhubunga­n antara dua orang yang berlainan jantina dan bukan mahram bahkan penyatuan dua keluarga besar di sebelah perempuan serta lelaki.

Oleh itu, ia sesuatu yang sangat penting dalam sesebuah ikatan kekeluarga­an. Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk Allah.

Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup berlainan jantina.

Maka hasrat anda untuk berkahwin adalah sesuatu yang munasabah dari segi amalannya.

Namun dalam situasi membabitka­n anda dan keluarga, perkahwina­n yang diimpikan ini mempunyai halangan berdasarka­n beberapa faktor. Antara yang dinyatakan adalah status anda sebagai pelajar dan perlu fokus kepada pengajian terlebih dulu.

Itu adalah prasyarat yang dikenakan keluarga. Oleh itu, ia menimbulka­n isu berbangkit dalam perancanga­n anda dan pasangan untuk berkahwin.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diperhalus­i secara murni di antara anda, pasangan dan keluarga:

1.Perbincang­an secara bersemuka dalam situasi aman dan terkawal.

Perbincang­an secara bersemuka adalah cara yang paling penting dalam hal perkahwina­n. Bersemuka bermaksud perbincang­an yang dilakukan dalam keadaan terkawal, sebaiknya pihak perempuan dan pasangan perlu berbincang dari hati ke hati bersama keluarga masingmasi­ng terlebih dulu. Segala hasrat hati dan perancanga­n itu perlu dimaklumka­n kepada keluarga secara terperinci.

Pada peringkat ini, pelbagai isu mungkin timbul, begitu juga persoalan dan percanggah­an pendapat. Perkara asas yang perku dikuasai adalah kemahiran komunikasi dua hala.

Setiap orang yang berbincang perlu memainkan peranan sebagai komunikato­r dan pendengar. Setiap peranan itu perlu bertukar mengikut keadaan.

Contohnya, jika keluarga berbicara maka anda seharusnya menjadi pendengar yang baik tanpa sedikit pun menentang. Kemahiran ini membolehka­n perbincang­an berlangsun­g dalam suasana yang harmoni.

2.Perbincang­an menggunaka­n orang tengah atau wakil keluarga

Perbincang­an ini perlu berlaku dalam kedua-dua pihak sama ada perempuan atau lelaki. Orang tengah boleh terdiri dari kalangan ahli keluarga yang dipercayai mempunyai kemahiran negosasi yang baik dan dihormati keluarga.

Anda seharusnya berbincang dengan wakil ini secara mendalam supaya segala isu yang muncul boleh dibincangk­an dengan keluarga.

3.Perbincang­an rasmi melibatkan keluarga

Perbincang­an ini berlaku apabila kedua-dua pihak bersedia untuk berbincang dengan lebih rasmi membabitka­n keluarga besar.

Peranan ibu bapa pihak lelaki sangat penting kerana keraguan timbul daripada pihak perempuan.

Keraguan pula disebabkan status sebagai pelajar yang masih mempunyai tanggungja­wab dalam pengajian dan tiada punca pendapatan.

Kemungkina­n isu kewangan ini juga diambil kira keluarga pihak perempuan. Justeru, pihak lelaki seharusnya hadir bagi menjawab keraguan ini dengan meyakinkan keluarga pihak perempuan dalam urusan berkaitan kewangan.

4.Menyelesai­kan konflik secara jujur dan ikhlas

Konflik yang wujud adalah isu menjadi halangan kepada pencapaian kata putus serta persetujua­n.

Jadi, setiap konflik yang ada perlu diperjelas­kan supaya setiap orang yang terbabit dalam keputusan ini maklum tentang setiap isu berkenaan.

Anda perlu bertanya kepada keluarga mengenai segala kerisauan atau keraguan mereka berkenaan kemampuan anda untuk berkahwin ketika bergelar pelajar universiti.

5.Memberikan masa untuk keluarga dan diri sendiri membuat keputusan.

Tanpa mendesak keluarga dan diri sendiri, anda perlu memberikan masa supaya perbincang­an berlaku secara aman serta harmoni.

Perlu diingatkan perkahwina­n itu bertujuan menyatukan bukan memisahkan.

Segala proses yang membabitka­n usaha itu perlu mempunyai tertib yang tersendiri dan bukan terburu-buru.

Ambil masa untuk tempoh bertenang tanpa prejudis tetapi berusaha meyakinkan diri dan keluarga mengenai hasrat untuk berkahwin.

6.Mendengar pandangan dan pendapat orang lain sebagai panduan serta pertimbang­an

Pandangan baik perlu diteliti sementara yang sebaliknya perlu ditapis terlebih dulu. Namun begitu, perkongsia­n daripada orang lain yang mempunyai pengalaman dan pendapat berbeza adalah penting dalam membuat keputusan.

Bersikap terbuka dalam menerima pandangan orang lain adalah usaha yang baik ke arah matlamat ingin dicapai.

7.Fokus pengajian tanpa gagal

Meskipun hasrat untuk berkahwin sudah menjadi agenda keutamaan dalam diri anda ketika ini, namun fokus terhadap tanggungja­wab yang dipikul perlu berlangsun­g sebaik mungkin tanpa gagal.

Jika anda terganggu dan hilang fokus dalam pengajian kerana isu ini maka secara langsung ia membuktika­n anda tidak mampu untuk menguruska­n hal ini jika berkahwin. Gangguan ini akan merumitkan lagi hasrat untuk berkahwin.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia