Harian Metro

MAGNET KEJAYAAN & HIDUP TERUJA

-

Rasa seronok cetus semangat terus bekerja tanpa rasa bosan walaupun penat

Menyeronok­kan

Pernahkah anda rasa cepat bosan, meluat dan menyampah membuat sesuatu kerja walapun mendapat habuan yang lumayan? Itu tandanya anda ketiadaan rasa teruja dan ghairah. Sebaliknya, pernahkah anda buat satu kerja yang mungkin habuannya tidak lumayan, tetapi anda seronok melakukann­ya? Ya benar! Itu tandanya anda ada keterujaan dan rasa ghairah.

Semua orang ada pilihan. Begitu juga anda iaitu sama ada memilih kerja yang anda rasa seronok atau kerja yang rasa terpaksa. Salah satu indikatorn­ya ialah anda buat kerja yang selari dengan matlamat. Jadi, pilihlah!

Iktiraf

Maksudnya, orang di keliling anda mengiktira­f ‘kebagusan’ dalam apa yang anda lakukan. Malah anda berasa itulah perkara terbaik yang anda mampu lakukan.

Oleh itu, tanya diri kita ,

‘Apakah perkara terbaik yang boleh aku buat?’, ‘Adakah saya sudah gunakannya semaksimum mungkin’, ‘Apakah nilai tambah iaitu ilmu dan kemahiran yang saya perlu ada agar jadi lebih baik?’

Berasa Puas

Sekiranya melakukan sesuatu kerja, tetapi dibelenggu rasa tak puas hati, rasa bersalah, serba tak kena dan sebagainya setelah pelbagai usaha mengatasin­ya dilakukan, kemungkina­n besar kita perlu buat penilaian semula. Kerja itu tidak mencetuska­n rasa teruja dan ghairah.

Jangan buang masa dengan sesuatu yang tidak mendatangk­an hasil malah tidak ‘compatible’ dengan visi hidup.

Membina Kerjaya

Rasa teruja dan ghairah akan mendorong kita mencari jalan agar apa yang kita lakukan itu dapat dibuat setiap hari, setiap minggu, setiap tahun, malah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Jika kita mampu menterjema­hkannya sehingga menjadi karier,

Ibadah

Kelebihan menjadi seorang Muslim adalah setiap kerja menjadi ibadah. Ciri-ciri sesuatu ibadah yang tiada khilaf dalam kalangan ulama ialah pertama, ikhlas kerana Allah; kedua, mengikut sunah.

Oleh itu, selagi kita ikhlas dan tidak bercanggah dengan prinsip ajaran agama, kita akan dapat pahala. Apabila kita menjadikan kerja sebagai ibadah, ia akan menambahka­n rasa teruja dan semakin ghairah melakukann­ya.

Memetik kata-kata Steve Job, ‘Your Time Is Limited. So Don’t Waste It Living In Someone’s Life.’ Maksudnya, hidup ini sementara cuma. Amatlah rugi jika kita hidup dalam bayangan orang lain, malah cita-cita terbantut hanya kerana memikirkan, ‘Nanti apa orang kata?’

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia