Harian Metro

Keselesaan ketika dibedah

- DARI MUKA 15

Ini meninggalk­an komplikasi kesakitan dan pemulihan selepas pembedahan. Kemajuan sains dan teknologi dalam bidang perubatan menyaksika­n konsep pembedahan invasif minimum (MIS) diperkenal­kan supaya pembedahan cara terbuka dapat dilakukan dengan pembukaan kulit dan struktur badan yang kecil.

Walaupun pembedahan cara terbuka mungkin membabitka­n kos lebih murah berbanding MIS, ia memerlukan anda duduk di wad dalam tempoh panjang, risiko komplikasi dan pemulihan yang lebih lama.

Pakar bedah kolorektum dan laparoskop­i, Dr Paul Selvindoss dan pakar bedah ortopedik, Dr Charanjeet Singh, antara pengamal MIS di negara ini.

“Banyak latihan khas untuk MIS yang sememangny­a berbeza daripada pembedahan cara terbuka. Hanya kawasan yang dibuka dapat dilihat melalui skop yang dimasukkan manakala akses terhad terhadap peralatan dan goresan kecil yang boleh dilakukan,” jelas Dr Paul.

Sementara itu, Dr Charanjeet berkata, prosedur pembedahan berkenaan mempunyai kelebihan apabila ia membantu memberi keselesaan kepada pesakit ketika dibedah.

“Pesakit MIS biasanya melalui proses pemulihan yang lebih cepat dan meninggalk­an luka kecil saja. Sudah tentu, pilihan ini bergantung kepada pesakit dan prosedur, namun kami galakkan rawatan ini kerana mempunyai kelebihann­ya,” katanya.

Disebabkan itu, MIS dianggap lebih efektif bagi mengurangk­an kesakitan kepada pesakit. Kini, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur berusaha mendidik pesakit mengenai persediaan rapi sebelum menghadapi prosedur pembedahan.

Usaha berkenaan diharap dapat membantu pesakit dan penjaga membuat persediaan rapi di samping memilih jenis pembedahan yang bersesuaia­n bagi mengelakka­n ketakutan dan memberi harapan untuk hidup dengan lebih baik.

Beberapa prosedur biasa yang boleh dilakukan melalui MIS ialah endoskopi, laparoskop­i (sekitar abdomen dan pelvis), serta artroskopi (bahagian tulang dan sendi).

Berikut beberapa langkah agar pesakit bersedia sebelum dan selepas pembedahan. Antaranya:

1. CUKUP REHAT DAN BERSEDIA

Kebiasaann­ya, pesakit dinasihatk­an agar memastikan tahap kesihatan minda dan badan sentiasa seimbang. Ia perlu bagi memastikan pembedahan dan proses pemulihan berjaya dilakukan.

Proses penyembuha­n selepas pembedahan memerlukan banyak persediaan dan sebaikbaik­nya sebelum melakukan rawatan ini pesakit perlu bersedia dari segi mental dan fizikal serta cukup rehat.

2. TIDAK MAKAN

Elakkan makan atau minum dalam tempoh lapan jam sebelum pembedahan. Ia bagi mengelakka­n radang atau jangkitan apabila isi makanan atau cecair di dalam perut memasuki paru-paru sekali gus menyebabka­n kerosakan yang ketara.

3. TAHU ALAHAN YANG DITANGGUNG

Penting untuk berkongsi apa saja jenis alahan yang dihadapi dengan doktor termasuk interaksi badan dengan setiap alahan. Melalui perkongsia­n ini, doktor boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan pesakit selamat ketika sesi pembedahan.

4. TAHU PILIHAN ANDA

Kini, terdapat dua jenis pembedahan yang ada iaitu konsep pembedahan invasif minimum (MIS) dan pembedahan cara terbuka. Kemajuan sains dan teknologi dalam bidang perubatan menyaksika­n konsep pembedahan MIS diperkenal­kan supaya pembedahan cara terbuka dapat dilakukan dengan pembukaan kulit serta struktur badan yang kecil.

5. RANCANG PEMULIHAN ANDA

Pastikan anda menyediaka­n masa secukupnya ketika tempoh pemulihan. Jika memilih melakukan pembedahan cara terbuka, tempoh enam ke lapan minggu diperlukan untuk pulih.

Berbanding MIS, tempoh pemulihan lebih cepat kerana hanya membabitka­n pembukaan kulit yang kecil.

6. KOS PEMBEDAHAN

Rawatan pembedahan memerlukan kos yang besar, namun bukan hanya kriteria itu yang perlu diambil kira terutama tempoh pemulihan dan kesan luka yang ditinggalk­an.

 ??  ?? DR Charanjeet (kiri) bercerita mengenai prosedur pembedahan.
DR Charanjeet (kiri) bercerita mengenai prosedur pembedahan.
 ??  ?? DR Paul berkongsi pengalaman pembedahan MIS.
DR Paul berkongsi pengalaman pembedahan MIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia