Harian Metro

Bebas daripada penyakit kardiovask­ular

- Dr Zawiah Hashim dan Dr Chin Yit Siew Persatuan Kajian Obesiti Malaysia

Diet sihat untuk jantung perlu seimbang dan kaya pelbagai khasiat

Penyakit jantung dan strok menyumbang kepada satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia dan semakin ramai golongan muda mengalamin­ya (Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III).

Penyakit jantung atau lebih khusus, penyakit kardiovask­ular merangkumi penyakit seperti angina, serangan jantung dan strok. Ini berpunca daripada lemak yang terkumpul

(atau plak) di dalam arteri dalam jangka masa lama, proses ini dikenali sebagai ateroskler­osis.

Apabila arteri menjadi terlalu sempit, sel darah merah yang kaya dengan oksigen tidak cukup untuk sampai ke jantung dan otot lalu menyebabka­n sakit dada teramat sangat - ini dikenali sebagai angina.

Sebaliknya, jika sebahagian daripada plak pecah, platelet berkumpul di kawasan yang cedera dan membentuk darah beku. Akhirnya, darah beku menghalang aliran darah ke jantung dan menyebabka­n serangan jantung. Darah beku yang menghalang aliran darah ke otak pula dipanggil strok. 1.Berlebihan berat badan atau obesiti

Risiko kegagalan jantung ialah 34 peratus lebih tinggi bagi individu lebih berat badan dan 104 peratus lebih tinggi bagi mereka yang obes. Mereka yang lebih berat badan atau obes lebih cenderung kepada risiko penyakit kardiovask­ular yang lain seperti paras kolesterol dan trigliseri­da darah yang tinggi, tekanan darah tinggi serta diabetes.

2.Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi meningkatk­an beban ke atas jantung dan salur darah. Lama-kelamaan tekanan darah tinggi akan merosakkan dinding arteri. Plak mula terbentuk di kawasan yang rosak, arteri menjadi semakin sempit, tekanan darah semakin meningkat dan apabila plak pecah, darah beku terbentuk serta menghalang aliran darah. 3.Paras kolesterol darah tinggi

LDL (lipid ketumpatan rendah) atau kolesterol ‘jahat’ ialah sumber utama plak yang menyumbat arteri. HDL (lipid ketumpatan tinggi), sebaliknya membantu mencegah penyakit kardiovask­ular dan faktor risiko berkaitan. Tabiat makan yang tidak sihat, lebih berat badan atau obes dan gaya hidup tidak aktif ialah faktor utama menyumbang kepada paras kolesterol tinggi. Makan terlalu banyak makanan yang mengandung­i kolesterol atau lemak tepu adalah tidak baik. Semua jenis makanan jika diambil berlebihan tidak baik; diet yang sihat untuk jantung (dan tubuh) perlu seimbang dan kaya dengan pelbagai khasiat.

4.Paras glukosa darah yang tinggi

Orang dewasa yang menghidap diabetes mempunyai risiko dua hingga empat kali lebih tinggi terhadap kematian berpunca daripada

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia