Harian Metro

Nikmati cuka epal bersama madu

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Ubah cara masyarakat untuk menjadikan­nya sebagai minuman berkhasiat

Apabila membicarak­an mengenai kegemukan, ramai antara kita menyalahka­n makanan diambil sedangkan ia bergantung kepada diet yang diamalkan.

Kebiasaann­ya, ada sesetengah makanan dielakkan dalam diet yang diamalkan kerana bimbang kesan diterima tidak seperti diinginkan.

Menurut pakar diet, Nurul Aziah Musa, tiada istilah makanan baik atau buruk, yang membezakan­nya diet diamalkan oleh individu itu sendiri.

“Pada masa sama, kita juga perlu tahu cara memasak dan penyediaan menu bagi mengelakka­n nutrisi dalam makanan tidak berkurang atau hilang.

“Selain itu, jika mahu amalkan sesetengah minuman atau makanan, kita perlu ambil berat mengenai dos yang disarankan.

“Misalnya, penggunaan cuka epal yang sering dikaitkan dengan penurunan berat badan. Sebelum mengambiln­ya, pastikan kita tahu dos yang boleh diminum kerana cuka epal berasid. Sebaikbaik­nya, cuka epal diambil bersama air kosong atau jus,” katanya.

Ujarnya, cuka epal terkenal untuk menurunkan berat badan kerana kandungan pektin (sejenis serat) yang terkandung di dalamnya dapat memberi rasa kenyang sekali gus mengurangk­an keinginan untuk makan dalam jumlah banyak.

MANFAAT CUKA EPAL

Selama lebih 10,000 tahun masyarakat menggunaka­n cuka epal dengan pelbagai cara sama ada dalam makanan atau perubatan. Bagaimanap­un, rasanya yang masam dan bau kuat menyebabka­n sesetengah daripada kita mengelak mengamalka­n pengambila­n cuka epal.

Memahami kepentinga­n manfaat cuka epal, jenama tempatan, Surya memperkena­lkan cara menarik untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan­nya yang ditambah dengan kebaikan madu.

Dilancarka­n di Gita

Bayu, Seri Kembangan, penghasila­n formulasi itu untuk melakukan perubahan kepada perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan masyarakat terutama bagi mereka yang mementingk­an kesihatan dan mahu mengamalka­n gaya hidup sihat.

Menurut Pengasas Surya Malaysia Douglas Lee, cuka epal mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan jika diminum menerusi dos yang betul.

“Cuka epal ini ditambah dengan madu bagi memberikan rasa yang lazat dan menarik. Melalui semua kebaikan yang dimiliki, sekurang-kurangnya ia dapat mengubah cara masyarakat untuk menjadikan­nya sebagai minuman berkhasiat.

“Bahan yang digunakan diambil sendiri daripada pembekal dipercayai. Epal didatangka­n dari Amerika Syarikat manakala madu mentah dari ladang tempatan,” katanya.

Mengambil tema #Rasasayang­semanismad­u, majlis pelancaran itu memberi peluang kepada tetamu jemputan untuk mencuba kelazatan cuka epal dengan madu yang enak dimakan sebagai kuah salad atau ditambah ke dalam jus buah naga, lemon ataupun epal.

Turut hadir memeriahka­n majlis, cef selebriti, Cef

Wan dan, Nurul Aziah yang berkongsi maklumat mengenai manfaat cuka epal.

Cuka epal diperbuat daripada epal segar dan bahan utama dalam pembuatan cuka ialah asid asetik. Ia mengandung­i vitamin, pektin dan mineral termasuk potasium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi.

Malah ia juga mengandung­i sumber antioksida­n seperti karotenoid dan betakarote­na yang berupaya meneutralk­an radikal bebas berbahaya boleh melemahkan sistem imunisasi.

Cuka epal dapat membantu merendahka­n paras glukosa darah, melambatka­n pengosonga­n gastrik dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat.

Selain itu, cuka juga membantu membunuh bakteria selain digunakan sebagai pengawet semula jadi. Pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu pula berasal daripada fruktosa dan glukosa.

 ??  ?? DARI kiri, Lee, Nurul Aziah dan Cef Wan pada majlis pelancaran.
DARI kiri, Lee, Nurul Aziah dan Cef Wan pada majlis pelancaran.
 ??  ?? CUKA epal boleh ditambah ke dalam jus.
CUKA epal boleh ditambah ke dalam jus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia