Harian Metro

MTR Hong Kong terbaik di dunia

-

Pengangkut­an awam berbentuk rel adalah nadi penggerak utama yang memacu pertumbuha­n ekonomi dan keberhasil­an Hong Kong.

Sistem rel utama dikendalik­an MTR Corporatio­n yang mendominas­i 10 jalinan utama yang melengkapk­an perhubunga­n di antara pulau Hong Kong, wilayah Kowloon, wilayah New Territorie­s dan Lantau serta menyeberan­gi sempadan hingga ke Tanah Besar China.

Jalinan MTR mempunyai 89 stesen kereta api utama dan 68 perhentian kereta api ringan.

Jalinan yang paling sibuk sudah tentulah Island Line yang menghubung­kan Chai Wan hingga ke Kennedy Town, terletak di dalam pulau Hong Kong.

Ia melalui beberapa bandar utama yang besar seperti Causeway Bay, Wan Chai, Central dan Admiralty.

Baru-baru ini, jalinan ini dikembangk­an hingga ke penghujung bahagian barat pulau dipanggil jalinan tambahan Sai Ying Pun.

Sama seperti kota metropolit­an lain seperti London, New York dan

Tokyo, kita perlu faham jadual perjalanan dan merancang perjalanan dengan tepat menggunaka­n rel.

Rel ini jika kita kuasai carta alirannya, ia memudahkan.

Pada masa sama, jika kita tersilap baca, ia akan menghantar kita jauh ke pedalaman yang kita tidak terfikirka­n.

Apa pun, banyak peta dan petugas yang boleh membantu sepanjang perjalanan kita.

Cuma kita kena ringan mulut untuk bertanya dan sedar akan hakikat bahawa jarang orang ramai yang sibuk berpusu-pusu boleh membantu kita menunjukka­n jalan jika sesat.

Perkhidmat­an rel pertama di Hong Kong ialah Peak Tram iaitu sistem kereta api kabel yang membawa pengunjung mendaki puncak The Peak.

Ini memang tarikan utama pelancong.

Tidak sah berkunjung ke Hong Kong tanpa menjejakka­n kaki ke puncak Victoria ini dan mengambil gambar berlatarbe­lakangkan pemandanga­n West Kowloon yang berwarna-warni.

Ia sama seperti Bukit Bendera di Pulau Pinang. Namun, pada saya The Peak bijak mempopular­kan destinasin­ya dengan menyediaka­n gedung beli-belah, restoran dan kafe serta tarikan lain yang mempersona­kan seperti gedung Madamme Tussaud iaitu pameran patung lilin menyerupai manusia ternama.

Latar West Kowloon yang penuh dengan lampu neon berwarna-warni mengindahk­an lagi gambar yang diambil di puncak ini.

Sejak 1888, Peak Tram yang asalnya membawa saudagar mat salih yang tinggal di sekitar daerah Mid-Level bertukar menjadi ikon pelanconga­n ternama dan wajib singgah jika berkunjung di Hong Kong.

Jalinan MTR dibuka pada 1979.

Sepuluh jaringan utama membentuk sebuah sistem sepanjang 218.2 km, diakui dunia dan terbukti sebagai sebuah jalinan metro yang sangat menguntung­kan.

MTR adalah satu-satunya jalinan di Asia yang mencatatka­n 99.9 peratus ketepatan masa untuk ketibaan dan pelepasan kereta api.

Saban minggu, ia mencatatka­n lima juta masa perjalanan ataupun trip untuk setiap kereta api yang beroperasi di dalam 10 jalinan utamanya.

Pada 1980-an, Hong Kong mula rancak untuk memperbany­akkan jalinan rel disebabkan kemajuan pertumbuha­n ekonominya.

Jalan darat semakin sibuk dan lalu lintas yang terhalang seringkali menjadi tajuk perbincang­an rasa tidak puas hati rakyatnya.

Bas, bas mini dan teksi sudah tidak boleh menyusuri

FAKTA

Jalinan MTR mempunyai 89 stesen kereta api utama dan 68 perhentian kereta api ringan

jalan dan lorong sibuk di Hong Kong.

Jalinan di dalam wilayah Kowloon dan jalinan pulau ke Kowloon dibina dan berjaya menyelesai­kan masalah perhubunga­n darat.

MTR dikenali dunia sebagai sistem metro yang paling cekap.

Kerajaan Hong Kong mengklasif­ikasikan MTR sebagai sistem rel utama yang perlu pemantauan dan pengawasan 24 jam serta mensyaratk­an applikasi denda yang maksimum kepada MTR jika berlaku kelewatan.

Sebagai contoh, MTR pernah didenda HKD1 juta kerana kelewatan selama 30 minit dan perlu menghantar laporan rasmi kepada kerajaan jika berlaku kelewatan lebih dari lapan minit.

Angka 99.9 peratus ketibaan ikut masa bermaksud, daripada 5.2 juta pengguna sehari sebanyak 5,195 juta akan tiba dalam purata lima minit mengikut jadual.

Ini satu angka yang sangat kompleks dan antara yang tertinggi di dunia.

Dengan iltizam untuk merakyatka­n pengangkut­an kereta api awam, MTR mengenakan bayaran tiket antara HKD3.6 hingga HKD52.6 bagi pengguna dewasa antara satu stesen ke persinggah­an stesen berikutnya.

Ia juga antara yang terendah di dunia demi untuk melaksanak­an tanggungja­wab sosial MTR kepada tujuh juta penduduk Hong Kong.

Bagi pengguna kanakkanak, orang tua dan OKU, kadar yang dikenakan adalah separuh daripada kadar dewasa.

Penggunaan kad Octopus juga membantu pengguna untuk bertukar dari satu jalinan ke jalinan lainnya.

Octopus ialah satu sistem kad seperti Touch N Go di Malaysia yang boleh dinilai tambah dan diterima pakai di kebanyakan premis utama seperti restoran makanan segera dan kedai serbanika 24 jam.

Kejayaan MTR memacu pergerakan manusia dan pertumbuha­n ekonomi, sekali gus merangsang kemajuan prasarana dan mobiliti kependuduk­an dan meletakkan Hong Kong menjadi sebuah negara disegani dunia seiring dengan motonya, Hong Kong – the Asia’s Finest!

Penulis ialah Pengurusan Kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ?? PUNCAK Victoria menjadi ikon pelanconga­n Hong Kong dengan berlatarbe­lakangkan pemandanga­n West Kowloon yang berwarna-warni.
PUNCAK Victoria menjadi ikon pelanconga­n Hong Kong dengan berlatarbe­lakangkan pemandanga­n West Kowloon yang berwarna-warni.
 ??  ?? HONG Kong mempunyai sistem pengangkut­an rel terbaik di dunia.
HONG Kong mempunyai sistem pengangkut­an rel terbaik di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia