Harian Metro

Tak tahan dicaci saban hari

- Suraya Roslan dan Fardy Bungga am@hmetro.com.my

„ Pengasas badan kebajikan lapor polis selepas anak ‘syurganya’ diganggu jiran

Tidak tahan anak-anak ‘syurganya’ sering dihina dengan panggilan anak haram dan anak pungut, seorang pengasas badan kebajikan membuat laporan polis awal pagi semalam terhadap keluarga jirannya.

Pemilik Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah Azizah Mohd Rafi, 35, berkata, sudah lebih tiga tahun anak-anak syurganya terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) dan gelandanga­n itu diganggu oleh keluarga berkenaan.

“Saya tidak tahu punca sebenar kenapa mereka memperlaku­kan keluarga saya begini, setiap hari anak jiran yang kecil datang ke depan rumah kami dan memanggil anak haram berulang kali.

“Bayangkan, anak-anak saya seramai 16 orang ini berusia dua hingga 14 tahun rasa tertekan dan setiap kali mereka akan bertanya apa itu anak haram,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Azizah mendakwa, dia tidak tahu apa yang menyebabka­n jirannya yang mempunyai tujuh anak tidak bersekolah itu tidak berpuas hati dengan mereka sekeluarga.

“Selama tiga tahun saya bersabar sehinggala­h kemuncakny­a semalam (kelmarin) kira-kira jam 9 malam di satu taman perumahan di Rawang, anak saya dicabul, dipukul dan ditampar oleh bapa anak jiran.

“Semuanya hanya berpunca selepas anak perempuan saya berusia 14 dan 17 tahun bertanyaka­n anak jiran kenapa memukul adiknya sehingga lebam di tangan,” katanya.

Menceritak­an kejadian itu, Azizah mendakwa, ketika itu seorang anaknya mahu menghantar makanan di sebuah lagi rumah amal mereka yang terletak di lorong bersebelah­an.

“Bagaimanap­un, perjalanan anak saya berusia 13 tahun yang juga OKU lembam terhalang dan anak jiran berusia lapan tahun kemudian tiba-tiba memukul tangan anak saya menggunaka­n kayu.

“Sebaik mengetahui hal berkenaan, anak perempuan saya berusia 14 dan 17 tahun kemudian keluar bertanyaka­n anak jiran kenapa memukul adiknya, sebelum anak perempuan jiran berusia 16 tahun datang bersama spanar dan memukul di bahagian perut.

“Kemudian datang bapa mereka memijak perut anak dan meramas payudara sehingga koyak baju dipakai anak perempuan saya,” katanya.

Menurutnya, dia yang bengang dengan keadaan itu terus membuat laporan di Balai Polis Rawang kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

“Saya sudah tidak tahan diperlakuk­an begini, setiap hari saya perlu menerangka­n hal sebenar kepada anak saya yang mereka bukan anak haram dan anak pungut.

“Perkara ini mendatangk­an tekanan emosi kepada mereka yang menganggap hidup dipenuhi dosa. Bantulah saya mengatasi masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahka­n menerima laporan kes berkenaan.

“Kita sudah memanggil semua pihak terbabit untuk memberi keterangan dan siasatan lanjut sedang dijalankan ketika ini,” katanya, semalam.

 ??  ?? MANGSA yang dipukul jiran. Gambar kecil, pakaian dipakai mangsa koyak ketika dianiaya jiran.
MANGSA yang dipukul jiran. Gambar kecil, pakaian dipakai mangsa koyak ketika dianiaya jiran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia