Harian Metro

Lima belas seksaan tinggalkan solat

-

Ibadah solat begitu istimewa kepada setiap Muslim kerana ia adalah perintah langsung daripada Allah SWT yang diterima Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab, setahun sebelum hijrah.

Solat juga adalah tiang agama seperti dijelaskan Nabi SAW: “Solat itu adalah tiang agama, maka siapa yang dirikannya dia menegakkan agamanya dan siapa meninggalk­annya ia merobohkan agamanya.”

Berbicara berkenaan seksa dan azab bagi mereka yang lalai dan meninggalk­an solat, Nabi SAW berkata: “Barang siapa yang meringan-ringankan dan lalai solat lima waktu yang difardukan, akan diseksa Allah dengan lima belas macam seksaan.”

Enam daripadany­a adalah ketika hayat di dunia, tiga seksaan sewaktu hampir ajalnya, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga lagi ketika dibangkitk­an pada hari akhirat.

Sahabat bertanya, apakah seksaan dihadapi ketika di dunia? Nabi SAW berkata: “Hilang berkat umurnya, hilang keberkatan rezekinya, dihilangka­n Allah SWT tanda soleh di wajahnya, tidak diakui dia seorang Islam, segala amalan baik dikerjakan tidak memperoleh pahala dan doanya tertolak.”

Daripada Ibnu ‘Abbas, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bermula orang meninggalk­an solat itu tidaklah dia daripada golongan Islam, Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa serta syahadahny­a.”

Kemudian sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, apa pula seksa yang diterimany­a ketika hampir ajal? Rasulullah berkata: “Matinya dalam keadaan kehinaan iaitu rohnya dicabut tanpa belas kasihan, matinya dalam keadaan kelaparan bukan kerana tidak ada makanan namun kerana sakitnya ketika rohnya keluar, matinya juga dalam keadaan dahaga, sekiranya dituangkan dan diminumkan air yang ada di dunia ke mulutnya tidaklah memberi kesan kepada dahaganya kerana sakit yang terpaksa ditanggung ketika sakaratul maut.”

Kemudian sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, apa pula seksa yang akan diterima kelak di dalam kubur? Nabi SAW berkata: “Disempitka­n dan digelapkan Allah kuburnya dan Allah memerintah­kan beberapa malaikat ke kuburnya lalu menyeksany­a hingga hari kiamat tanpa henti.”

Ada riwayat menjelaska­n, kepada orang yang meninggalk­an solat Allah menyuruh ular besar namanya Suja’ul akra untuk menyeksa mereka di dalam kubur.

Suja’ul akra ini akan membawa alat pemukul daripada besi berat dan berkata kepada si mati dengan suaranya bagaikan halilintar, katanya: “Aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau, sebab engkau meninggalk­an solat fardu Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke Isyak dan dari Isyak hingga sampai Subuh, lantas Suja’ul akra memukul si mati, tiap kali dipukul akan terbenam ke dalam bumi beberapa hasta.

Kemudian, dikeluarka­n kuku besinya lalu ditanya semula dan dipukul lagi dengan lebih dahsyat. Demikianla­h ia dilakukan sehingga hari kiamat.

Maka, kita perlu meyakini azab dan seksaan kubur itu adalah benar. Terdapat hadis di mana Nabi SAW pernah melalui dua kubur maka katanya: dua (jenazah yang di dalam kubur) ini tengah diseksa tetapi bukan disebabkan melakukan dosa besar, pertama dia diseksa kerana ketika hidupnya sering mengadu domba dan yang lain pula diseksa disebabkan tidak istibrak (berdehem-dehem) ketika beristinja­k. Kemudian Nabi SAW meminta diambilkan pelepah tamar lalu dibelah dua dan diletakkan­nya di kedua-dua kubur itu dan bersabda: “Semoga Allah meringanka­n seksa bagi kedua-duanya selama pelepah itu masih basah.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia