Harian Metro

EMPAT NEGERI EKONOMI RM300B

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

„ NCIA senarai 80 projek jana 160,000 peluang kerja pada 2025

Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) menyenarai­kan 80 projek dalam pelbagai sektor yang 45 daripadany­a berprestas­i tinggi dalam usaha menjadikan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sebagai kawasan ekonomi bertaraf dunia menjelang 2025.

Jumlah projek berkenaan termasuk di dalam langkah strategik NCIA fasa pembanguna­n gelombang kedua NCER yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Koridor Utara 2.0 bermula 2016 hingga 2025.

Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, 80 projek berkenaan dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Nod Pertumbuha­n (tujuh projek), Merentas Sempadan (28 projek) dan Berimpak Tinggi Tempatan (45 projek).

Beliau berkata, Nod Pertumbuha­n adalah projek mewujudkan kesan ekonomi ketara kepada kawasan sekitar serta memberi manfaat kepada limpahan ekonomi rakyat setempat dan mampu menarik lebih banyak kemasukan pelaburan.

“Sebanyak 28 projek merentas sempadan pula adalah projek yang bermanfaat kepada dua atau lebih negeri manakala baki 45 projek ialah yang berprestas­i tinggi yang memerlukan sokongan NCIA dalam bentuk pembiayaan, kelulusan dan pelbagai kemudahan lain.

“Aktiviti membangunk­an projek ini bagi memastikan ekonomi di wilayah utara yang terdiri daripada empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak mampu bergerak seiring,” katanya pada satu taklimat media, di sini.

Dalam taklimat media berkenaan, NCIA menjangkak­an keempat-empat negeri itu mampu mencatat pelaburan bernilai RM67.3 bilion untuk tempoh lapan tahun akan datang bagi mencapai sasaran RM147.2 bilion nilai pelaburan menjelang 2025.

Selain itu, NCIA turut menyasarka­n untuk mengubah negeri terbabit menjadi kawasan ekonomi dengan nilai ekonomi RM300 bilion serta mewujudkan 160,000 pekerjaan menjelang 2025.

Redza berkata, pencapaian NCER sebelum ini mencatatka­n RM71.6 bilion tarikan pelaburan terkumpul sehingga 2015, membuka peluang pekerjaan sebanyak 91,200 pada 2015 berbanding 79,386 pada 2014 dan peningkata­n 11 peratus pendapatan purata isi rumah kepada RM4,815

2014.

“NCER juga menjadi peneraju tarikan pelaburan dalam kalangan koridor ekonomi yang lain dengan mencatatka­n RM6.6 bilion tahun lalu.

“Jumlah pelaburan itu direkodkan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan angka sebenar pelaburan diterima NCIA sebanyak RM8.5 bilion yang merangkumi pelbagai sektor industri di dalam koridornya,” katanya.

berbanding

 ?? Redza ?? NCER juga menjadi peneraju tarikan pelaburan dalam kalangan koridor ekonomi yang lain dengan mencatatka­n RM6.6 bilion tahun lalu”
Redza NCER juga menjadi peneraju tarikan pelaburan dalam kalangan koridor ekonomi yang lain dengan mencatatka­n RM6.6 bilion tahun lalu”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia