Harian Metro

Tercampak dalam pesawat

- AFP

27 penumpang penerbanga­n Aeroflot cedera selepas langgar olak udara

Seramai 27 penumpang pesawat penerbanga­n Aeroflot dari Moscow, Russia ke Thailand cedera, termasuk ada yang patah tulang apabila tercampak ke siling selepas kapal terbang itu dilanda olak udara, kata pegawai semalam.

Kejadian menakutkan itu berlaku apabila pesawat jenis Boeing 777 berkenaan terbang melalui satu poket olak udara terang sebelum mendarat di lapangan terbang Bangkok pada tengah hari semalam.

Juruterban­g tidak sempat memberi amaran kepada penumpang kerana olak udara terang berlaku di lokasi yang tidak mempunyai awan.

Seorang pegawai kedutaan Russia di Bangkok, Denis Antonyuk memberitah­u, 24 penumpang warga Russia dan tiga warga Thailand cedera dalam kejadian itu.

“Seramai 15 penumpang warga Russia dan dua warga Thailand masih dirawat di hospital, manakala selebihnya sudah dibenarkan keluar,” katanya.

Satu rakaman video dari telefon bimbit penumpang yang disiarkan stesen televisyen Russia, Rossiya 24 menunjukka­n keadaan kabin pesawat itu yang huru-hara.

Beberapa penumpang dilihat terbaring cedera di lantai dan bagasi dengan kesan darah serta topeng oksigen tergantung di atas tempat duduk.

“Kami terpelanti­ng ke siling pesawat dan sangat mustahil untuk bertahan.

“Pesawat bergegar tanpa henti dan saya ingat kami semua akan terhempas,” kata seorang penumpang, Yevgenia kepada Rossiya 24 melalui telefon.

Kedutaan Russia di Bangkok dalam satu kenyataan memberitah­u, sebahagian mangsa dirawat di hospital akibat beberapa kecederaan terutama patah dan retak tulang.

“Beberapa mangsa perlu menjalani pembedahan tetapi tiada yang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa,” jelasnya.

 ??  ?? SEDUTAN video menunjukka­n beberapa penumpang yang cedera terbaring di lantai pesawat. - Agensi
SEDUTAN video menunjukka­n beberapa penumpang yang cedera terbaring di lantai pesawat. - Agensi
 ??  ?? PESAWAT Boeing 777 milik syarikat penerbanga­n Aeroflot dari Russia. - Reuters
PESAWAT Boeing 777 milik syarikat penerbanga­n Aeroflot dari Russia. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia