Harian Metro

City hanya mampu kutip satu mata di Riverside

-

terus Middlesbro­ugh: Manchester City kini berharap kepada tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri selepas melakukan apa yang terdaya untuk kekal dalam landasan memburu slot Liga Juara-Juara berikutan keputusan seri 2-2 dengan kelab bawahan Liga Perdana Inggeris Middlesbro­ugh di tempat lawan.

Skuad Pep Guardiola dua kali bangkit daripada ketinggala­n untuk mengutip satu mata di Riverside, dan keputusan seri itu membantu mereka kekal di tangga keempat, slot kelayakan terakhir Liga Juara-Juara yang ditawarkan kepada kelab Inggeris, satu mata dan satu tangga mengatasi Manchester United.

Pengurus City Guardiola berhak dipersalah­kan kerana aksi kurang meyakinkan di timur laut London apabila jurulatih kelahiran Sepanyol itu membuat pertukaran yang turut menyebabka­n Leroy Sane dan Raheem Sterling berada di bangku simpanan hingga minit ke-50.

Ia satu tindakan berani yang diambil Guardiola dan hampir membawa padah kepada City yang kelihatan kurang berkesan akibat ketiadaan kedua-duanya apabila bergelut mencetus impak dan ketinggala­n pada separuh masa kedua hasil jaringan bekas penyerang mereka Alvaro Negredo.

Rentak perlawanan bagaimanap­un bertukar secara dramatik apabila pengadil Kevin Friend memberikan penalti berikutan kekasaran dilakukan Marten de Roon ke atas Sane, yang “jatuh dengan begitu mudah“, menurut pemangku pengurus Boro Steve Agnew.

De Roon, pemain tengah Belanda itu menjelaska­n dengan lebih diplomatik. “Ia keputusan yang sukar dipercayai daripada pengadil,” katanya.

“Ia bukan satu penalti. Saya pergi ke arahnya tetapi

 ??  ?? KANE
KANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia