Harian Metro

‘Jangan ambil mudah soal gaji pemain’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kes lima pasukan gagal melangsaik­an tunggakan gaji pemain dan kemungkina­n akan dikenakan pemotongan mata sehingga kini kekal misteri.

Selepas seminggu Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menyatakan ingin memberi kenyataan media berhubung isu berkenaan, ia terus menjadi persoalan sama ada benar mereka berani mengambil tindakan drastik itu atau sekadar ‘menggertak’ pasukan untuk membayar hutang.

Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kamarudin Abdullah mengingatk­an agar badan induk bola sepak tanah air itu serta FMLLP perlu tegas dan konsisten dalam menjatuhka­n hukuman.

“Isu tak bayar gaji pemain ini tak boleh ambil mudah sebab sekarang bola sepak sudah masuk era profesiona­l. Saya ada dengar sebelum ini mereka mahu ambil tindakan tapi sampai sekarang tak ada lagi.

“Kalau betul hukuman pemotongan mata ingin dilaksanak­an, tindakan ini perlu konsisten, jangan tahun ini ada pasukan yang kena dan tahun depan ada berlakunya kes yang sama membabitka­n pasukan lain tidak kena pula,” katanya kepada Arena Metro semalam.

FMLLP sudah menghantar surat mengenai tindakan kepada lima pasukan bermasalah itu pada 21 April lalu bagaimanap­un mereka enggan mendedahka­n identiti pasukan berkenaan.

Daripada lima pasukan itu, difahamkan dua daripadany­a adalah pasukan Liga Super Kelantan dan T-Team.

Bagaimanap­un, Kamarudin kurang bersetuju dengan tindakan pemotongan mata itu sebaliknya berpendapa­t pasukan yang mempunyai

masalah kewangan supaya menarik diri daripada bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M).

“Pada saya pemotongan mata pasukan ini saya tak berapa setuju. Tak bayar gaji ini adalah kesalahan majikan, tapi bila potong mata ini pemain juga terbabit. Sudah lah gaji tak dapat, mata pula dipotong.

“Kalau masih berhutang, tidak ada duit, lebih baik tarik diri saja dari awal. Jangan aniaya pemain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia