Harian Metro

Luah rasa kesal

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Bella Hadid mengakui kesal dan tidak terfikir tindakanny­a mempromosi­kan acara muzikal, Fyre Festival berakhir dengan mimpi ngeri.

Menurut model berusia 19 tahun itu, dia cuma melakukann­ya kerana dia juga menjadi sebahagian daripada model yang terbabit dalam fotografi dan promosi acara berkenaan.

Namun, dia sendiri tidak menyangka festival itu bertukar menjadi malapetaka buat semua yang hadir.

“Saya cuma mahu memberi kredit kepada

Fyre Festival meskipun ia bukannya projek saya. Saya tidak dimaklumka­n bagaimana produksi atau proses festival berkenaan.

“Awalnya, saya percaya ia bakal meninggalk­an pengalaman yang luar biasa serta kenangan manis.

Sebab itulah saya setuju mempromosi­kannya dan tidak sedar ia akan bertukar menjadi mimpi ngeri.

“Saya turut bersimpati dengan kejadian itu dan jika tahu perkara seperti itu berlaku tentu saya bertindak sebaliknya. Saya doakan semua pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga dan rakan tersayang,” katanya.

Pengunjung festival berkenaan dilaporkan menghabisk­an ribuan ringgit demi menghadiri acara yang mulanya disangka sebagai festival muzik mewah.

Bayaran tiket itu merangkumi makanan lazat berserta penginapan, namun akhirnya pengunjung terkandas pada acara yang berlangsun­g di Great Exuma, Bahamas, minggu lalu.

Ternyata, ia hanya indah khabar dari rupa kerana lokasi berkenaan tidak siap sepenuhnya, tempat penginapan teruk, bahkan makanan tidak cukup selain kekurangan kakitangan bertugas.

Lebih teruk, band Blink-182 yang sepatutnya menjadi artis penutup acara itu membatalka­n persembaha­n selepas mengakui ada isu produksi. Migos dan Major Lazer turut dikhabarka­n berbuat demikian.

Menurut penganjurn­ya, mereka sendiri tidak menyangka festival berkenaan akan berakhir sebegitu.

“Ia adalah hari yang paling mencabar buat kami semua. Kami mahu membuat penjelasan penuh mengenai apa yang berlaku.

“Sebagaiman­a indahnya pulau berkenaan, infrastruk­tur untuk festival itu perlu dibina sepenuhnya daripada permukaan. Oleh itu, secara tidak langsung kami sebenarnya cuba membina sebuah kota.

“Kami ingat semua sudah siap sedia sehinggala­h apabila semua sudah tiba.

“Ia adalah pengalaman yang tidak boleh dimaafkan dan Fyre akan bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap apa terjadi,” berikut kenyataan penganjurn­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia