Harian Metro

Inovasi padi Mahsuri Mutan

- Mohamad Hussin

Universiti Putra Malaysia

(UPM) berjaya menghasilk­an inovasi penyelidik­an padi untuk mengenal pasti gen pemanjanga­n beras (high kernel elongation) yang terdapat pada varieti Mahsuri Mutan.

Penyelidik dari Fakulti Pertanian, UPM Prof Dr Mohamad Osman berkata, kajian yang dijalankan sejak Ogos tahun lalu membabitka­n pelajar sarjana sains, Anna Arina Ab Halim, 27.

Beliau berkata, Mahsuri Mutan mempunyai hasil yang tinggi dan tahan pada penyakit karah.

“Ia juga mempunyai kualiti yang setanding dan mempunyai gen pemanjanga­n beras hampir sama dengan Basmati apabila dimasak.

“Sebelum dimasak panjang beras Mahsuri Mutan adalah

6.0 milimeter (mm) dan selepas dimasak panjang nasi menjadi 10 mm, maka nisbah pepanjanga­n adalah 10/6 = 1.7.

“Kebanyakan beras yang kita masak memanjang sekitar 1.4 kali ganda ukuran beras. Tetapi beras jenis Basmati dari India atau Pakistan mempunyai nisbah pemanjanga­n sekitar 2.0 atau panjang nasi adalah dua kali ganda daripada panjang berasnya.

“Ciri ini antara sebab penting beras Basmati sesuai digunakan untuk menyediaka­n masakan nasi beriani dan nasi Arab,” katanya yang ditemui di UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Mohamad berkata, Mahsuri Mutan adalah satusatuny­a jenis padi tempatan yang mempunyai gen pemanjanga­n beras sangat penting untuk menghasilk­an beras berkualiti tinggi setanding beras import,” katanya.

“Pada awal 1970, Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengeluark­an beras jenis Mahsuri kerana hasil yang tinggi dan kualiti nasi lebih sedap.

“Namun, jenis beras ini mempunyai masalah mudah dijangkiti penyakit karah.

“Oleh itu, MARDI dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadakan satu program pembiakbak­aan untuk mengatasi masalah penyakit karah dan menjalanka­n program pembiakbak­aan mutasi.

“Daripada projek berkenaan maka terhasilny­a Mahsuri Mutan,” katanya.

Menurutnya, pada 1990, MARDI menjayakan program untuk meningkatk­an kualiti padi, jadi mereka menggunaka­n Mahsuri Mutan sebagai penyumbang gen pemanjanga­n beras dan menghasilk­an beberapa jenis beras yang berkualiti tinggi seperti Q34, MRQ50 (atau namanya Puteri yang diisytihar pada 1999), dan MRQ74 (atau namanya Maswangi yang diisytihar pada 2005).

“Varieti MRQ74 pernah menunjukka­n nisbah pepanjang lebih daripada 2.0 sama seperti nisbah pepanjanga­n jenis Basmati.

“Melalui penyelidik­an yang tengah dijalankan adalah diharap gen pemanjanga­n pada varieti Mahsuri Mutan dapat dikenal pasti menggunaka­n kaedah Next Generation Sequencing (NGS), dengan bantuan seorang penyelidik postdoc UPM Dr Parisa,” katanya.

Beliau berkata, penemuan ini sudah pasti akan dapat membantu pembiakbak­a padi menghasilk­an lebih cepat dan lebih banyak varieti padi berkualiti tinggi.

“Kami sedang menjalani kajian untuk mengenal pasti gen pemanjanga­n pada Mahsuri Mutan melalui kaedah molekular.

“Kajian ini untuk mengenal pasti kehadiran gen pemanjanga­n dan keterwaris­an gen berkenaan untuk generasi seterusnya.

“Ia bagi memastikan keberkesan­an gen itu untuk kajian dan usaha pembiakbak­aan akan datang bagi terus meningkatk­an kualiti beras kita,” katanya.

 ?? Mohamad_hussin@hmetro.com.my ?? DR Mohamad dan Anna Arina menunjukka­n pokok padi Mahsuri Mutan yang ditanam dalam pasu untuk kajian.
Mohamad_hussin@hmetro.com.my DR Mohamad dan Anna Arina menunjukka­n pokok padi Mahsuri Mutan yang ditanam dalam pasu untuk kajian.
 ??  ?? PROSES memasak beras di makmal. ANNA Arina menunjukka­n saiz beras tempatan.
PROSES memasak beras di makmal. ANNA Arina menunjukka­n saiz beras tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia