Harian Metro

KEBULUR 4 HARI

Akibat tidak mendapat bekalan makanan daripada ejen dilantik, 10 kru kapal tangki minyak kelaparan empat hari ketika belayar dari Pulau Pinang ke Singapura. Mereka mengalas perut dengan hanya makan tepung sagu dibancuh garam selain ikan yang mereka pancin

-

„ Kru dan kapten kapal tangki warga tempatan tersadai di perairan Singapura akibat terputus bekalan makanan

sejak Ahad lalu.

Dia turut mendakwa kapten kapal ada memberitah­u yang bekalan makanan tidak dapat dihantar pada Isnin lalu sebelum terus berada di dalam biliknya di atas kapal itu.

Berikutan itu, katanya, dia dan seorang lagi rakannya nekad untuk turun bagi mendapatka­n bantuan kerana tidak tahan lagi dan berjaya mendapatka­n bot servis untuk ke jeti West Coast.

“Bot servis yang kami dapat hanya untuk dua orang dan kami berjaya sampai ke jeti West Coast sebelum melaporkan kejadian ini kepada Maritim Singapura,” katanya.

Sebelum itu, ketika dihubungi jam 2 petang, Mohamad Iqbal turut memberitah­u hasratnya untuk turun daria kapal itu bagi mendapatka­n bantuan.

“Kami mau turun jumpa Maritim, bagi tangkap kapal ni pun xpe (tak apa) bang.. janji mkn (makan),” katanya melalui aplikasi WhatsApp.

Ditanya apa yang mereka makan,

Mohamad Iqbal berkata, dia dan rakan-rakan hanya memakan tepung sagu dibancuh dengan garam atau gula sehingga bekalan gula turut kehabisan.

Katanya, pada 28 April lalu, bekalan makanan masih ada, namun dalam kuantiti sedikit sebelum kehabisan sepenuhnya pada Ahad lalu hingga memaksa dia bersama rakan-rakan memakan tepung sagu berkenaan.

Menurutnya, kapal berkenaan yang membawa minyak slop (minyak tidak dipakai) berhenti di Algas sebelum menerima arahan untuk masuk ke terminal minyak sebaik air pasang disebabkan dasar laut di sana agak cetek.

 ??  ??
 ?? Mohamad Iqbal ?? Bot servis kami dapat hanya untuk dua orang dan kami berjaya sampai ke jeti West Coast sebelum melaporkan kejadian kepada Maritim Singapura”
Mohamad Iqbal Bot servis kami dapat hanya untuk dua orang dan kami berjaya sampai ke jeti West Coast sebelum melaporkan kejadian kepada Maritim Singapura”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia