Harian Metro

DAISH SELUDUP MASUK SENJATA

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail am@hmetro.com.my

>>Operasi khas di lima negeri antara 24 Mac hingga 25 April lalu „ Misi serangan tergempar militan Daish ditumpaska­n Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di lima negeri

Anggota militan Daish rakyat tempatan dikesan sedang giat berusaha menyeludup senjata api berat dari selatan Thailand bagi menjayakan misi serangan dirancang di negara ini.

Mereka dipercayai menerima arahan terbaru diberikan Ketua militan Malaysia berpangkal­an di Syria, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi yang mahukan serangan tergempar dilakukan di lokasi sudah ditetapkan.

Misi itu bagaimanap­un digagalkan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman hasil operasi khas di lima negeri antara 24 Mac hingga 25 April lalu.

Melalui operasi terbaru itu, dua lelaki masing-masing berusia 26 dan 41 tahun ditahan di Kelantan selepas disyaki bersubahat menyeludup senjata api dari selatan Thailand untuk kegunaan anggota militan Daish di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang lagi rakan suspek, Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi, 27, bagaimanap­un dipercayai melarikan diri ke selatan Thailand.

Menurutnya, Muhammad Muzaffa yang pernah menetap di Kampung Gertak, Rantau Panjang, Kelantan dipercayai membawa selaras senapang jenis M4 Carbine dan sepucuk pistol ketika melarikan diri melalui Sungai Golok, Rantau Panjang.

“Selain itu, tangkapan empat lagi suspek termasuk dua wanita dilakukan di Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang.

“Suspek ketiga ditahan membabitka­n seorang penuntut kolej wanita berusia 26 tahun yang diberkas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 April lalu.

“Dia dilaporkan pergi ke Turki pada 29 Ogos tahun lalu bagi menyertai Daish di Syria sebelum ditahan oleh pihak berkuasa Turki pada 5 Februari lalu ketika menunggu arahan daripada Muhamad Wanndy untuk menyusup masuk ke Syria,” katanya.

Menurutnya, suspek adalah penuntut jurusan makmal perubatan di sebuah kolej awam di Lembah Klang.

“Dua lagi suspek ditahan di Melaka dan Johor pada 20 April lalu adalah seorang penganggur lelaki berusia 41 tahun yang pernah terbabit dengan gerakan Daish di Syria.

“Turut ditahan, seorang wanita berusia 32 tahun yang bertugas sebagai pembantu jurutera kilang. Dia dikesan membantu mempromosi­kan Daish melalui aplikasi Google Plus,” katanya.

Katanya, suspek terakhir diberkas adalah seorang penganggur lelaki berusia 41 tahun yang ditahan pada 25 April lalu di Pulau Pinang.

Katanya, suspek terbabit aktif mempromosi­kan Daish melalui 15 akaun Facebook miliknya sejak tahun 2014.

“Semua suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab Vi A - kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah

Khas) 2012 (Akta

747),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta menghubung­i

Inspektor Mohd

Badri Othman di talian 011-26924829.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA suspek pengganas yang ditahan.
ANTARA suspek pengganas yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia