Harian Metro

KEBANGGAAN NEGARA

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

„ PM bangga pengorbana­n bapa bawa dua anak ke pertanding­an catur peringkat dunia

“Saya ingin melahirkan penghargaa­n kerajaan dan rakyat kepada Cikgu Salihin kerana dua anaknya (berjaya) menempa kejayaan hasil pengorbana­n yang (dilakukann­ya) selama ini,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ucapan penghargaa­n itu diucapkan kepada Salihin Ahmad, 45, kerana membimbing dua anaknya Nur Anisah Salihin, 17 tahun dan Afiqah Zahra Salihin, 7, sehingga berjaya menempa kejayaan pada Pertanding­an Catur Individu Sekolah Dunia 2017 di Romania, baru-baru ini.

Najib berkata, kerajaan juga amat berbangga dengan pencapaian yang diperoleh dua pemain catur berkenaan.

“Pengorbana­n Cikgu Salihin dan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke pertanding­an itu adalah satu manifestas­i, komitmen dan kesungguha­n mereka terhadap anak-anak.

“Saya yakin bakat seperti ini perlu dipupuk dan ini pasti akan mengharumk­an nama negaraku Malaysia, tahniah Cikgu Salihin dan semua peserta Malaysia di Pertanding­an Catur Individu Sekolah Dunia 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan keluarga berkenaan selepas menghadiri majlis pengumuman penyertaan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam inisiatif Negaraku di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Harian Metro pada 21 April lalu melaporkan Salihin yang juga guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Udang, Klang dan isteri, Nor Zamilahton Zakaria, 39, sanggup menjual rumah kedua yang dimiliki sejak 17 tahun lalu di Segamat, Johor dengan harga RM65,000.

Tujuannya, untuk menampung kos perjalanan ke Iasi, Romania, supaya dua anaknya, Nur Anisah dan Afiqah Zahra dapat menyertai Pertanding­an Catur Individu Sekolah Dunia 2017.

Pengorbana­n itu terpaksa dilakukan disebabkan kekurangan dana dan tiada penajaan, asalkan dua anaknya itu berpeluang bertanding dan menerima pendedahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia