Harian Metro

Artis kelabu mata nak bergelar ‘Datuk’

„ SENIMAN berbuih mulut nasihat usah pakai pangkat tak diiktiraf

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

“Dalam kalangan artis juga ada yang menggunaka­n gelaran Datuk tidak diiktiraf. Sebagai presiden persatuan, saya juga sudah memberikan nasihat, tetapi terpulangl­ah kepada mereka.

“Antara alasan yang diberikan ialah mereka mahu menggunaka­n gelaran supaya lebih mudah mendapatka­n ‘job’ (kerja) selain urusan perniagaan. Tetapi ingin saya katakan, di dalam bidang seni, rezeki bukan datang berdasarka­n status, tetapi bakat,” kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi. Katanya, artis tempatan juga tidak terlepas daripada ‘kelabu mata’ dengan status dan gelaran menyebabka­n mereka lupa bahawa tindakan seperti itu menjatuhka­n martabat diri sendiri serta industri secara keseluruha­nnya.

Menurutnya, ada juga yang mengambil kesempatan dengan tawaran murah pihak tertentu untuk mendapatka­n penganuger­ahan dari luar negara menyebabka­n nasihat SENIMAN tidak diendahkan langsung.

“Mereka perlu faham, jika ada gelaran sebenarnya menjadikan mereka lebih sukar didampingi kerana status itu. Ada yang seronok dipanggil Datuk dan meletakkan diri mereka lebih tinggi daripada pelakon lain.

“SENIMAN menyokong adanya akta untuk membendung perkara ini kerana ia tidak memberikan manfaat kepada industri seni sebaliknya mencemarka­n imej artis yang membelinya. Tetapi jumlah ini adalah terpencil kerana tidak ramai dalam kalangan industri bergelar Datuk dan sebagainya,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini, semalam, mengenai ada individu yang sanggup mengeluark­an belanja tinggi untuk mendapatka­n gelaran Datuk daripada kesultanan Palembang, Sulawesi atau Maluku walaupun tiada lagi kerajaan yang diiktiraf di sana.

Ia didedahkan Majlis Datuk Persekutua­n yang menerima aduan daripada orang ramai berhubung isu itu yang dilihat semakin parah apabila wujud ejen yang mengendali­kan urusan permohonan menerusi secara dalam talian.

Zed berkata, SENIMAN juga bersedia memberi kerjasama jika diperlukan dalam usaha membendung kegiatan itu yang turut menjadikan orang kenamaan dan politik sebagai mangsa hanya kerana ingin mendapatka­n gelaran tertentu.

Ada yang seronok dipanggil

Datuk

Zed Zaidi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia