Harian Metro

‘Kojol’ bertembaka­n dengan polis

-

Shah Alam: Lelaki warga asing berusia 30-an mati ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Puchong, Puchong, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi, sepasukan anggota polis yang menjalanka­n rondaan melihat sebuah kereta Proton Wira dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, polis mengarahka­n kereta itu berhenti untuk pemeriksaa­n, namun pemandunya memecut lalu terbabas ke bahu jalan.

“Seorang daripada mereka melarikan diri manakala rakannya yang juga pemandu keluar dari kereta, tetapi enggan menyerah diri.

“Berlaku insiden berbalas tembakan antara polis dan lelaki itu yang kemudian maut terkena tembakan,” katanya pada sidang media selepas program lawatan sempena Hari Polis ke-210 di Hospital Shah Alam, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti lelaki dipercayai warga Indonesia itu berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Kami merampas sepucuk pistol, dua peluru hidup dan sebilah parang selain dua nombor pendaftara­n palsu dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan terutama mengenal pasti pembabitan lelaki itu dalam kes jenayah,” katanya.

Abdul Samah berkata, siasatan polis mendapati kereta Wira itu didaftarka­n atas nama seorang warga Indonesia berstatus penduduk tetap (PR).

“Polis kini giat memburu lelaki berusia 30-an yang meloloskan diri dalam kejadian itu,” katanya sambil menyatakan rondaan di kawasan itu sentiasa dilakukan berikutan kekerapan berlaku kejadian samun pada awal pagi.

 ??  ?? KERETA dinaiki warga Indonesia terbabas selepas cuba melarikan diri daripada polis peronda.
KERETA dinaiki warga Indonesia terbabas selepas cuba melarikan diri daripada polis peronda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia