Harian Metro

Terlepas pegangan

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

„ Pelajar politeknik panik tarik tangan rakan cuba selamat nyawa hingga nyaris lemas

“Saya sempat memegang tangan arwah dan berenang untuk menyelamat­kanya namun gagal,” kata Wan Muhammad Afifi Wan Abd Rahman, 21, rakan Mohd Hakimifird­haus Abdul Raki, 21, yang lemas di Air Terjun Belukar Bukit, di sini, semalam.

Menurut Wan Muhammad Afifi, dia sempat berenang sejauh tujuh meter sambil memegang tangan Mohd Hakimifird­haus selepas rakannya itu menjerit meminta tolong.

“Akhirnya saya melepaskan tangan arwah kerana dia yang dalam keadaan panik ketika itu turut menarik tangan saya menyebabka­n saya keletihan dan nyaris lemas,” katanya di Hospital Hulu Terengganu.

Menurutnya, dia bersama Mohd Hakimifird­haus dan dua lagi rakan mengunjung­i kawasan air terjun terbabit jam 1.30 tengah hari dan tidak menyangka kegembiraa­n mereka berakhir dengan tragedi.

Katanya, kejadian berlaku jam 2 petang ketika Mohd Hakimifird­haus mandi bersendiri­an selepas dia dan dua lagi rakan naik ke tebing untuk berehat.

“Kami memanggil arwah beberapa kali untuk ke tebing sebelum mandi semula namun dia menolak.

“Tidak lama kemudian, arwah menjerit minta tolong dan kata dia letih serta tidak boleh berenang. Saya terus terjun dan berenang menyelamat­kannya,” katanya.

Menurutnya, sebelum itu mereka hanya bercadang keluar bersarapan tetapi menukar rancangan ke air terjun terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superinten­dan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa ialah pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru, Johor.

“Mangsa berasal dari Bukit Payung, Marang dan mayatnya ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 3.40 petang,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat Mohd Hakimifird­haus (gambar kecil) yang lemas ketika mandi di Air Terjun Belukar Bukit, semalam.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat Mohd Hakimifird­haus (gambar kecil) yang lemas ketika mandi di Air Terjun Belukar Bukit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia