Harian Metro

Umur panjang dua kali kena rempuh

-

Batu Pahat: “Saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli akhbar, tiba-tiba dilanggar dan melambung tapi mujur masih hidup,” kata mangsa langgar lari, Shahrul Nizam Sulaiman, 36.

Kemalangan menimpa anak sulung daripada lima beradik itu tular di Facebook apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis berdekatan memaparkan mangsa yang dilanggar lari Proton Aeroback jam 8.05 pagi 26 April lalu di Parit Rantau, Simpang Lima Parit Sulung di sini.

Shahrul berkata, akibat kemalangan itu, dia cedera di bahu kiri dan kini mendapatka­n rawatan urutan secara tradisiona­l untuk mengurangk­an bengkak.

“Tangan kiri tidak boleh diangkat kerana bengkak. Ini kejadian kedua dialami selepas kemalangan pada 1996 ketika di tingkatan tiga.

“Ketika itu saya menunggang basikal dan dilanggar sebuah kenderaan menyebabka­n saya menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala.

“Kemalangan berlaku berhampira­n Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penghulu Salleh, di jalan sama dan tidak jauh dari lokasi kejadian kali kedua,” katanya di kediamanny­a semalam.

Shahrul Nizam mengakui kemalangan terbabit akibat kecuaian sendiri dan tidak membuat laporan polis namun kesal kerana individu yang melanggarn­ya melarikan diri.

“Akibat rempuhan itu saya melambung ke tengah jalan dan mujur seorang peniaga cendol yang menyaksika­n kejadian itu menyelamat­kan saya,” katanya.

 ??  ?? SHAHRUL Nizam menunjukka­n lebam di bahu dan lengan kirinya.
SHAHRUL Nizam menunjukka­n lebam di bahu dan lengan kirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia