Harian Metro

Perkenal Anugerah Tokoh Guru Inovatif

-

Langkawi: Anugerah Tokoh Guru Inovatif menjadi anugerah terbaru yang diperkenal­kan dalam sambutan Hari Guru tahun ini bagi menghargai ketokohan golongan pendidik dalam mencipta inovasi dalam cara pengajaran mereka.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementeria­n Pendidikan (KPM) Aminudin Adam berkata, secara keseluruha­nnya ada tiga anugerah termasuk satu anugerah baru yang akan disampaika­n pada sambutan berkenaan.

“Ini termasukla­h Anugerah Tokoh Guru, Anugerah Tokoh Kepimpinan serta yang terbaru diperkenal­kan untuk sambutan kali ini iaitu Anugerah Tokoh Guru Inovatif.

“Anugerah ini diperkenal­kan sebagai penghargaa­n kepada guru yang kita lihat menghasilk­an banyak karya atau cara pengajaran yang begitu inovatif seperti alat bantu mengajar dan juga bahan kreatif dan interaktif yang merangkumi teknologi maklumat (IT),” katanya dalam temu bual, di sini, semalam.

Beliau berkata, anugerah itu dipertandi­ngkan kerana melihat usaha ramai guru yang menyerlahk­an inovasi penciptaan mereka sebagai alat bantu mengajar di peringkat antarabang­sa sehingga diiktiraf dan menerima banyak anugerah dan hadiah.

“Setiap negeri boleh menghantar calon dikirakan sesuai untuk memenangi anugerah berkenaan, namun pemilihan pemenang akan dilakukan panel khas KPM yang akan menilai ketokohan guru berkenaan mengikut pencapaian yang dihasilkan.

“Bagaimanap­un, kita sudah memilih seorang pemenang untuk tokoh ini yang akan diumumkan pada sambutan Hari Guru nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia