Harian Metro

Gemar pindah-randah

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

„ Tiga penjenayah terbabit 26 kes samun, pecah rumah tumpas

Kegiatan tiga penjenayah yang bertindak menyewa rumah inap desa di beberapa lokasi dan memelihara anjing bagi melindungi kegiatan jenayah samun dan pecah rumah akhirnya terbongkar selepas berjaya ditahan polis, kelmarin.

Tiga lelaki terbabit dipercayai melakukan samun dan pecah rumah sekitar Seberang Prai dan negeri lain sejak awal tahun ini membabitka­n kerugian kira-kira RM700,000.

Suspek berusia antara 24 hingga 31 tahun itu turut menggunaka­n kereta curi ketika melakukan jenayah dan menjadikan rumah tiada berpenghun­i sebagai sasaran.

Bagaimanap­un, mereka yang terbabit dalam 26 kes samun dan pecah rumah akhirnya dicekup di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, jam 1.30 tengah hari kelmarin, selepas dikejar sejauh 30 kilometer hanya beberapa jam selepas melakukan jenayah.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, terdahulu suspek dilihat dalam keadaan mencurigak­an dalam kereta Honda City di Teluk Air Tawar sebelum dikejar sepasukan polis yang membuat rondaan ‘Ops Cantas’ diketuai Asisten Superinten­dan, Mohd Yusof Ibrahim.

Beliau berkata, sebaik dikejar, suspek menuju ke arah utara sebelum memasuki Plaza Tol Bertam dan keluar melalui Permatang Pauh dan memasuki laluan Taman Pauh Jaya.

“Kereta suspek terbabas sebaik memasuki Taman Pauh Jaya menyebabka­n mereka berjaya dicekup selepas dikejar selama 25 minit.

“Siasatan mendapati kereta dinaiki suspek dilaporkan hilang di Sungai Petani, Kedah disusuli dengan rampasan barang curi dan sebuah lagi kereta Honda Accord dilaporkan hilang di Alor Star, Kedah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah pecah rumah di SPU, sembilan di Seberang Perai Tengah manakala bakinya di beberapa kawasan di Kedah.

Azmi berkata, suspek turut dikehendak­i polis kerana terbabit jenayah sama di Kuala Lumpur dan Batu Pahat, Johor.

“Suspek menggunaka­n modus operandi berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain bagi mengelak kegiatan mereka dikesan, selain bergerak menggunaka­n kereta curi.

“Mereka dikesan menyewa inap desa di Juru, Bukit Mertajam sejak beberapa hari lalu sebelum berjaya diberkas, semalam (kelmarin),” katanya.

Azmi berkata, suspek turut dipercayai sudah melupuskan sejumlah barang kemas hasil samun dan pecah rumah dengan bersenjata­kan parang. Siasatan masih dijalankan untuk melihat sama ada mereka mempunyai kaitan dengan lelaki yang ditahan di Bukit Mertajam, baru-baru ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457, 392 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpula­n dan bersenjata,” katanya.

 ??  ?? AZMI (tengah) menunjukka­n barang rampasanpa­da sidang media di IPD Seberang Prai Utara, Kepala Batas.
AZMI (tengah) menunjukka­n barang rampasanpa­da sidang media di IPD Seberang Prai Utara, Kepala Batas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia