Harian Metro

‘Ulama’ promosi ideologi Daish

-

Penyebaran ideologi Daish dipromosik­an secara tidak langsung oleh individu bergelar ‘ulama’ dan ‘ustaz’ diyakini menjadi punca pertambaha­n pengikut ideologi itu di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas (E8), Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketika ini ada individu tertentu bergelar ‘ulama’ dan ‘ustaz’ dijemput ke negara ini untuk memberikan ceramah atau usrah berhubung agama tetapi secara tidak langsung menyebarka­n fahaman ke arah ideologi Daish.

Menurutnya, rakyat Malaysia akan terus direkrut sebagai pejuang Daish jika penyebaran ideologi ini tidak disekat.

“Tidak mustahil lebih ramai (anggota Daish) yang akan ditangkap menjelang Disember nanti.

“Saya berani berkata bersandark­an statistik sejak 2013 apabila seramai 294 individu sudah ditangkap kerana terbabit dengan Daish. Jumlah itu meningkat setiap tahun. Sehingga April lalu, seramai 30 individu sudah ditangkap.

“Pada tahun lalu, seramai 119 individu ditahan. Berdasarka­n kepada trend penyebaran ideologi ini, tidak mustahil jumlah yang terbabit dengan Daish akan terus bertambah,” katanya ketika Forum Ancaman Keselamata­n Dalam Kalangan Masyarakat Kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Bagaimanap­un, Ayob berkata, penggunaan media sosial Facebook terus menjadi ejen merekrut pengikut Daish dan mereka berkomunik­asi secara senyap menggunaka­n aplikasi yang tidak dapat dikesan.

Beliau berkata, biasanya mereka mempengaru­hi individu melalui Facebook dengan perkenalan dilanjutka­n dalam aplikasi perbualan.

“Seterusnya pengikut diberi cara untuk pergi ke Syria atau terbabit dalam aktiviti jihad dengan idelogi ‘Salafi Jihadi’,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia