Harian Metro

MAB sokong inisiatif Negaraku

-

Putrajaya: Malaysia Airlines Berhad (MAB) menyatakan sokongan untuk menyertai inisiatif Negaraku dengan melaksanak­an beberapa pendekatan termasuk memaparkan logo Negaraku di beberapa badan pesawat miliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew berkata, selain itu, pihaknya akan mengetenga­hkan kisah wira Malaysia menerusi majalah dalam pesawat, kandungan khas ketika siaran hiburan dalam pesawat dan platform dalam talian.

Lebih menarik, katanya, Malaysia Airlines juga akan meletakkan atau memasang logo Negaraku di pas daftar masuk, pakaian seragam, e-mel dan risalah dalam talian bagi menunjukka­n sokongan berkenaan.

“MAB sangat berbangga kerana dapat menjayakan inisiatif Negaraku memandangk­an syarikat penerbanga­n nasional ini adalah 100 peratus milik Malaysia. Lebih membanggak­an kami membawa logo ‘Negaraku’ sebagai wakil setiap rakyat Malaysia ke seluruh dunia.

“Negaraku’ mencermink­an secara jelas perasaan bangga dan kasih sayang rakyat terhadap Malaysia,” katanya ketika ditemui media selepas pengumuman penyertaan MAB dalam inisiatif Negaraku di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Majlis pengumuman itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Turut hadir. ialah Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Said Salleh Keruak dan Pengerusi MAB Tan Sri Md Nor Yusof.

 ??  ?? JURUTERBAN­G dan pramugari MAB menunjukka­n pesawat yang berwajah baru.
JURUTERBAN­G dan pramugari MAB menunjukka­n pesawat yang berwajah baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia