Harian Metro

Bomlah konon...

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

Puncanya kerana timbangan bagasinya melebihi had ditetapkan dan permintaan­nya untuk menumpangk­an lebihan berat kepada penumpang lain ditolak, menyebabka­n seorang lelaki warga Turki membuat ugutan bom palsu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini, kelmarin.

Tindakanny­a itu mencetus panik kepada kakitangan sebuah syarikat penerbanga­n tambang murah yang melakukan pendaftara­n masuk bagasinya itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, lelaki itu semakin tidak berpuas hati apabila penumpang yang beratur di sebelah kaunternya menolak permintaan untuk membantuny­a kerana disebabkan mereka berbeza pesawat dan destinasi.

Katanya, dalam kejadian jam 7.50 malam itu, lelaki berusia 23 tahun itu bersama

„ Warga Turki tidak puas hati bagasi lebih had buat kecoh

wanita senegarany­a berusia 28 tahun, mengambil penerbanga­n dari Lapangan terbang Sultan Abdul Halim ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 9 malam.

“Ketika pasangan ini mahu mendaftar masuk bagasi, ada seorang penumpang lelaki lain juga mendaftar bagasinya di kaunter bersebelah­an.

“Lelaki Turki itu kemudian meminta untuk menumpang timbangan bagasi penumpang yang sedang mendaftar di sebelah kaunternya itu disebabkan timbangann­ya sudah melebihi had,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

“Namun, siasatan oleh UPB selepas itu mendapati tiada sebarang bom atau bahan letupan dalam bagasi dimaksudka­n,” katanya.

Mohd Rozi berkata, selepas berpuas hati dengan siasatan terhadap kedua-dua warga asing itu dan bagasi, mereka dibebaskan pada jam 1 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia