Harian Metro

Ditahan polis, bukan culik

-

Kuala Lumpur: Dua lelaki warga Turki yang didakwa menjadi mangsa culik sekumpulan penjenayah menaiki dua kereta di kawasan parkir Damansara Height, Petaling Jaya, di sini, sebenarnya ditahan polis.

Kejadian yang berlaku jam 4.30 petang kelmarin menjadi tular di laman sosial hingga mencetuska­n panik orang ramai.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter miliknya, tengah hari semalam.

Menurutnya, guru sekolah swasta dan ahli perniagaan itu ditangkap polis berkaitan aktiviti yang mengancam keselamata­n negara.

“Suspek, Turgay Karaman dan Ihsan Aslan ditangkap semalam( kelmarin) berkait aktiviti yang mengancam keselamata­n Malaysia mengikut Seksyen 130 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, Khalid ketika sidang media selepas program lawatan sempena Hari Polis ke-210 di Hospital Shah Alam semalam memaklumka­n siasatan menyeluruh dijalankan berhubung video yang tular itu.

Beliau meminta keluarga warga Turki terbabit tidak menghebahk­annya secara meluas bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan.

Turgay Karaman, 43, yang juga guru sebuah sekolah swasta di sini dan ahli perniagaan, Ihsan Aslan dibawa menaiki dua kereta oleh sekumpulan lelaki.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu yang menjadi tular di laman sosial turut menunjukka­n lima lelaki menghalang Turgay dan memaksanya masuk ke sebuah kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia