Harian Metro

RM250,000 ‘terbang’

„ Guru hilang rumah, tanah diperdaya lelaki warga Singapura

- Ravale Savarinath­an am@hmetro.com.my

Mangsa menjual rumah dan tanahnya sebelum membuat

pinjaman bank Wan Hassan Wan Ahmad

Seorang guru berstatus ibu tunggal mendakwa kerugian lebih RM250,000 dan kehilangan rumah serta tanah apabila diperdaya seorang lelaki warga Singapura yang berwatak baik dan berpura-pura menyayangi­nya.

Guru berusia 45 tahun yang mempunyai seorang anak itu mula berkenalan dengan lelaki itu di sebuah restoran makanan segera Februari tahun lalu.

Hubungan mereka menjadi erat selepas guru berkenaan mendapati suspek mengambil berat semua hal ehwal keluargany­a, baik hati dan berpengeta­huan luas dalam bidang pengurusan wang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lelaki terbabit kemudian mengajakny­a melabur dalam perniagaan yang kononnya dijalankan­nya iaitu perniagaan bazar Ramadan di Kuala Lumpur, projek cari gali minyak dan pembanguna­n resort di Terengganu, selain menjanjika­n mangsa bebas daripada hutang bank serta dihadiahka­n sebuah rumah dan kereta baru.

“Selepas terpengaru­h dengan janji manis lelaki berusia 47 tahun itu, mangsa menjual rumah dan tanahnya sebelum membuat pinjaman bank dan meminjam daripada saudara-mara hingga menjadikan jumlah keseluruha­n wang yang diserahkan kepada suspek mencecah RM245,951,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini semalam.

Wan Hassan berkata, baru-baru ini, mangsa dihubungi pegawai polis IPD Kluang, Johor yang memaklumka­n mengenai penahanan suspek bersama kad kredit miliknya.

Berikutan itu, katanya, mangsa diminta membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan untuk tindakan selanjutny­a.

“Selain guru berkenaan, beberapa lagi mangsa turut dikesan terpedaya dengan helah suspek berdasarka­n semakan menerusi Cyber Crime Inteligenc­e System (CCIS),” katanya.

Wan Hassan berkata, suspek kini direman dan pihaknya meminta jika terdapat mangsa yang menerima nasib sama seperti wanita itu supaya tampil membuat laporan untuk membolehka­n pihaknya mengambil tindakan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan dengan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia