Harian Metro

FGV, FELDA bincang perjanjian pajakan tanah

-

Nilai: FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) masih mengadakan perbincang­an dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) mengenai pilihan untuk melaksana termasuk perjanjian pajakan tanah (LLA) yang akan memanfaatk­an pelbagai pihak berkepenti­ngan.

Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Datuk Zakaria Arshad berkata, keutamaan pilihan untuk kepentinga­n terbaik FGV, FELDA dan pemegang saham lain dan menawarkan penyelesai­an menang-menang untuk semua.

FELDA dilaporkan terbuka kepada idea untuk menyelesai­kan LLA dan mendapat balik tanah yang kini dipajak dan diuruskan FGV dalam usaha untuk memperoleh pulangan lebih tinggi.

Kepentinga­n FELDA dalam FGV kira-kira 34 peratus dan FGV menguruska­n kira-kira 335,000 hektar daripada 850,000 hektar tanah FELDA.

“Perbincang­an bermula beberapa bulan lalu masih berjalan dan kami belum dapat penyelesai­an terbaik bagaimana meningkatk­an harga saham FGV bagi faedah pemegang sahamnya serta bagi kepentinga­n peneroka FELDA.

“Kami mengemukak­an idea dan antaranya LLA. Bagaimanap­un, belum ada apa yang dibawa ke peringkat lembaga kerana semuanya di peringkat perbincang­an,” katanya pada sidang media ketika lawatan dua hari media ke kemudahan penyelidik­an dan pembanguna­nnya di Enstek, Negeri Sembilan dan Tekam, Pahang, di sini, semalam.

Menurutnya, LLA itu adalah komponen perniagaan penting untuk FGV dan bukan mudah untuk dibuat keputusan.

“Jika FELDA memutuskan untuk keluar daripadany­a, ia perlu memberi notis 11 bulan kepada FGV dan perlu membayar minimum RM3 bilion pampasan bagi penamatan LLA,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan masalah sebenar yang mencetuska­n pilihan LLA adalah berkaitan aliran tunai FELDA, kedua-dua pihak perlu berbincang lagi bagi menangani perkara itu.

Menurutnya, jika terpaksa mengeluark­an lebih banyak wang untuk pampasan akan memburukka­n lagi aliran tunai FELDA.

“Kedua-dua pihak bukannya bersaing, tetapi melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu mereka perlu mampu membincang­kan penyelesai­an terbaik untuk semua.

“Saya berpendapa­t kita perlu memanfaatk­an kekuatan satu sama lain bukannya bertindak sendirian. Saya percaya FELDA juga mempunyai matlamat sama, tetapi sebarang keputusan yang dibuat, FGV akan merangka strategi sesuai,” katanya. - BERNAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia